ST Rosyam Mall Perkenal Pandu Lalu Pertama Di Malaysia - "Senang Nak Bawa Anak Lepas Ini"
Mudah nak beli barang dekat pasar raya nanti.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasar raya ST Rosyam Mart baru-baru ini dengan rasmi telah merasmikan pembukaan pusat beli-belah baharu mereka iaitu di Jalan Kebun, Klang
Berbeza dengan rangklaian ST Rosyam Mart yang lain, ST Rosyam Mall ini menampilkan lebih 30 premis terkenal termasuklah pakaian, makanan dan teknologi.
Ia sekali gus memberikan lebih fleksibiliti untuk pelanggan yang datang membeli barangan sambil boleh menikmati fasiliti lain.
Perkenal pembelian secara pandu lalu
Apa yang menarik pada ST Rosyam Mall kali ini, mereka telah memperkenalkan pandu lalu secara pembelian dalam talian ataupun pembelian secara terus di kaunter buat pelanggan mereka.
Kemudahan ini akan memberikan pengalaman yang menarik disamping memudahkan pelanggan terutama mereka yang membawa anak kecil.
Cawangan ini dijangka akan menarik lebih ramai pelanggan. Sebelum ini, ST Rosyam Mart tersenarai dalam Asean Records.
Ia selepas pencapaian sebagai Pasar Raya Borong dan Runcit 24/7 Pertama di Asia Tenggara yang inovatif dalam menawarkan 21 perkhidmatan awam percuma, termasuk kemudahan pandu lalu yang mesra pelanggan.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!