seismik

"Spoil" - Tengah Syok Layan Final Piala Dunia, Boleh Pula Kedai Makan Lupa Bayar Bil Astro

Adoi, dah la game tengah best.

Cover image via

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perlawanan akhir Piala Dunia merupakan penentuan pasukan negara terkuat dalam bola sepak

Iyalah, kejuaraan bola sepak Piala Dunia merupakan satu gelaran yang menjadi rebutan buat para pemain bola sepak profesional di seluruh dunia.

Lain pula yang terjadi pada video ini, gelagat riuh pelanggan di sebuah kedai makan ketika menonton siaran langsung Piala Dunia telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Muncul notis tak bayar bil Astro pada skrin layar besar di sebuah kedai makan

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @ikmaltralala di TikTok, kelihatan suasana riuh pelanggan di sebuah kedai makan ketika menonton siaran langsung final Piala Dunia.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah keriuhan itu berlaku disebabkan kerana muncul notis tidak bayar bil Astro pada skrin layar besar di saat berlangsungnya perlawanan.

Semalam telah menyaksikan pasukan Argentina telah memenangi perlawanan itu dengan penentuan sepakan penalti.

"Cara halus halau balik tu, mamak dah ngantok" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan kini telah meraih 254.9K tontonan, 23.3K tanda suka dan 473 perkongsian di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat para penonton yang yang hadir ketika itu.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Buat spoil mood betul. By the way, Messi is the GOAT :D

Image via TENOR

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: