seismik

Sonny Bill Williams Beraya Di Malaysia, Pakai Baju Melayu Johor Buat Netizen Asing Teruja

Sekali tengok macam family Melayu dah.

Cover image via Rugby World Cup & @SonnyBWilliams (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pemenang dua kali Piala Dunia Ragbi, Sonny Bill Williams tampil berbusana Baju Melayu Johor menyambut Aidilfitri

Bukan itu sahaja, dua anak lelakinya juga dilihat mengenakan Baju Melayu bersama tanjak menerusi perkongsian gambar bersama keluarganya di laman sosial.

"Selamat menyambut Aidilfitri buat semua di serata dunia.

"Semoga Allah SWT merahmati, melindungi dan menerima segala amalan baik kita, terutama doa kita untuk orang yang tertindas di Gaza dan semua yang sedang dalam kesusahan," tulisnya.

Bekas pemain ragbi kebangsaan New Zealand itu dilihat menyambut Aidilfitri di Malaysia setelah hadir membuat kunjungan ke negeri Johor.

Image via X

Dapat perhatian daripada netizen antarabangsa mengatakan jarang dapat melihat mualaf 'Mat Saleh' berbusana Melayu

Perkongsiannya di laman sosial X turut mendapat perhatian netizen antarabangsa yang mengatakan ia adalah sesuatu yang jarang apabila dapat melihat mualaf seperti Sonny berbusana Melayu.

Menerusi komen daripada @AliFromTheArea, dia berkongsi pendapat bahawa ia adalah sesuatu yang segar baginya dapat melihat Sonny mengenakan pakaian Melayu berbanding mengenakan pakaian tradisional masyarakat Arab.

Turut dapat dilihat beberapa komen yang dilihat bersetuju dengan kenyataan lelaki tersebut.

Image via X
Image via X
Image via X
Image via X
Image via X

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: