seismik

Sofyank 'Collab' Bersama Tom Cruise Hasilkan Video VFX Di Jepun

Fuh, tak sabar nak tengok hasilnya!

Cover image via Sofyank96 (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pencipta kandungan digital video kesan khas (VFX), Sofyank kongsi bakal berkolaborasi bersama Tom Cruise dalam video barunya

Perkara itu disahkan apabila Sofyank memuat naik gambar dia bersama Muhammad Shaffuan, seorang lagi pencipta kandungan digital, bertemu pelakon Hollywood terbabit.

Sofyank sebelum ini telah memberi gambaran bakal bertemu Tom Cruise untuk lakukan penggambaran bersama aktor berkenaan.

Kolaborasi ini telah diumumkannya menerusi beberapa hantaran di laman sosial miliknya berkenaan perjalanannya bersama Shaffuan ke Jepun.

Image via Facebook

Meminta doa orang ramai proses penggambaran dapat berjalan dengan lancar

Menerusi sebuah hantarannya sebelum ini, Sofyank meluahkan rasa gementarnya di samping meminta doa orang ramai supaya penggambaran tersebut dapat berjalan dengan baik.

"InsyaAllah esok kalau tiada halangan, saya akan shoot satu video vfx bersama dengan Tom Cruise. Buat masa sekarang, perasaan memang sangat "nervous" menunggu detik untuk shooting esok, walaupun dah buat persiapan awal-awal, tapi masih lagi risau untuk sesi esok.

"Dikesempatan ini, kalau tak keberatan saya nak minta dengan semua doakan proses shooting esok berjalan lancar. InsyaAllah saya akan keep update perjalanan kami di sini. Nantikan tau!," tulisnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: