seismik

Skrin, Bateri & Gaya Besar. Raya ‘Norma Baharu’ Lebih Meriah Dengan HUAWEI Y6p. RM559 Je!

Kalau boleh dapat satu pun cantik juga ni. :)

Cover image via Google

Artikel ini ditaja oleh HUAWEI.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 'norma baharu' ini memang sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT

Walaupun Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat pulang ke kampung, tiada kunjung-mengunjungi, tiada rumah terbuka dan tak lupa juga yang beraya berseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan Aidilfitri dengan gembira!

PKPB tidak menghalang rakyat Malaysia untuk membuat persiapan lebaran untuk menaikkan semangat mereka. Yelah, raya kan setahun sekali. Ada yang beli sofa, ada yang beli TV baru dan ramai juga yang beli telefon baru.

Image via Tenor

Cakap pasal telefon, anda tahu tak yang anda boleh dapatkan smartphone yang mempunyai ciri-ciri terbaharu tapi dengan harga serendah RM559 sahaja?

Ya, betul tu. Malah, anda juga boleh padankan baju raya anda dengan smartphone canggih HUAWEI Y6p ini!

Image via HUAWEI

Selain baju raya, penting juga untuk anda ada aksesori yang cantik seperti smarphone baru untuk digayakan sepanjang bulan Syawal ini. Sebab itulah HUAWEI Y6p merupakan antara pilihan yang tepat buat anda.

Ia datang dalam tiga warna yang boleh dipilih untuk dipadankan dengan baju raya anda. Antara warna yang ada adalah Phantom Purple, Emerald Green dan Midnight Black.

Image via HUAWEI

Skrin besar, memang puas untuk video call dengan yang tersayang

Image via HUAWEI

Walaupun jauh dari keluarga dan sanak saudara, dengan skrin sebesar 6.3 inci dan resolusi 1600×720 HUAWEI Y6p ini, mesti puas hati bila dapat video call dengan ibu bapa di kampung bukan?

Paling best, kalau video call secara berkumpulan, semua orang boleh nampak dengan jelas dan nampak dalam 'frame' sebab skrin besar!

Image via ohbulan.com

Bateri yang tahan lama juga sangat membantu. Mana tidaknya, ramai lagi adik-beradik serta sanak-saudara yang anda akan hubungi. Jadi, dengan bateri yang berkapasiti sehingga 5000mAh ini akan memudahkan lagi kerja anda.

Rakam memori di hari raya. Tak dapat balik kampung, tengok gambar dan video pun dah memadai.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Antara perkara yang lain yang penting ketika hari raya ialah gambar. Memori ketika hari raya sememangnya tidak boleh ditukar ganti dengan hari-hari lain.

Image via HUAWEI

HUAWEI Y6p dilengkapi dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP. Memang tiada masalah untuk rakam momen-momen di hari lebaran. Yang penting, jangan lupa kongsikan gambar-gambar tu dengan keluarga.

Dengan storage sebesar 64GB, anda bukan sahaja boleh rakam memori raya dan OOTD, tapi boleh juga simpan OOTD dan video-video dari saudara-mara sekali tau. Anda juga boleh simpan video memasak yang mak hantar. Senanglah nanti bila masak makanan raya sendiri.

Image via HUAWEI

Paling best, anda yang beli HUAWEI Y6p boleh dapat 15GB cloud storage secara PERCUMA selama 12 bulan. Bolehlah simpan ke semua video dalam telefon masing-masing. Bila rindu, boleh tengok balik.

Zaman 'cashless' ni, walaupun tak bersua muka, duit raya tetap perlu diberi ya!

Image via HUAWEI

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai. Setiap peranti HUAWEI termasuklah model baharu, HUAWEI Y6p dilengkapi dengan AppGallery!

Image via HUAWEI

AppGallery menawarkan beratus aplikasi terkini yang memberi kemudahan kepada penggunanya. Antara aplikasi popular yang ada dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost.

Alhamdullilah, syukur masih boleh hantar dan terima duit raya ketika PKPB ni!

Tak boleh sambut Hari Raya, tak apa. Anda masih boleh menonton filem bersama di rumah masing-masing.

Image via ohbulan.com

Alang-alang tak boleh beraya, apa kata anda tengok movie ataupun drama dengan dengan phone baru berskrin besar ni. Lagi best, pengguna HUAWEI Y6p juga ditawarkan pass Viu Premium secara percuma untuk 2 bulan.

Caranya sangat mudah. Pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center!.

Image via VIU

Dengan adanya Viu Premium, anda dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan. Selain tu, anda juga dapat menikmati filem eksklusif khas untuk pelanggan Viu Premium.

Image via HUAWEI

Jadi, anda jangan lepaskan peluang untuk dapatkan HUAWEI Y6p di kedai rasmi HUAWEI secara atas talian atau di kedai fizikal.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi di SINI dan Facebook HUAWEI Malaysia!.

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: