seismik

SKMM Akan Jumpa Mark Zuckerberg Untuk Halang Salah Guna Facebook Di Malaysia

Selain itu, SKMM juga diarahkan untuk berjumpa penyedia Twitter dan Google.

Cover image via SAYS

Adakah anda kenal siapa pemilik Facebook, Mark Zuckerberg?

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.

Image via pursuitist.com

Mungkin tak keterlaluan jika dikatakan Mark Zuckerberg antara belia yang paling berjaya dalam dunia, kerana di usia awal 30an, platform yang diciptanya semasa di kolej digunakan di seluruh dunia menjadikannya antara bilionwan termuda di dunia.

Dan adakah anda sedar dengan adanya laman sosial seperti Facebook, semakin ramai yang berminat dengan dunia politik tanah air?

Apabila informasi senang untuk didapati, semakin ramai rakyat Malaysia yang menunjukkan minat dalam bidang politik. Perkara ini ada baik dan buruknya. Kebaikannya, rakyat Malaysia semakin bijak dalam menilai buruk baik sesuatu perkara. Perkara buruknya, dengan adanya freedom of speech dalam Internet mahupun Facebook, fitnah semakin mudah disebarkan. Kata-kata memuji dan memaki semakin mudah ditulis dan dibaca oleh sesiapa pun.

Image via Facebook

Disebabkan itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak mengarahkan SKMM supaya bertemu dengan pemilik Facebook, Google dan Twitter untuk menghalang rakyat Malaysia menyalahgunakan laman sosial

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Keruak.

Image via www.straitstimes.com

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) supaya segera bertemu dengan penyedia platform media sosial -- Facebook (FB), Google dan Twitter -- bagi mendapatkan kerjasama mereka dalam mengekang penyebaran maklumat palsu dan khabar angin di Malaysia.

Salleh berkata sungguhpun mereka memberi kerjasama dengan pelbagai pihak berkuasa Malaysia dalam usaha itu, namun tahap kerjasama itu perlu dipertingkatkan lagi.

"Terdapat undang-undang di Malaysia yang mentadbir penyebaran maklumat palsu dan belum disahkan, dan adalah salah di sisi undang-undang jika maklumat itu dimuat naik dan disebarkan kepada umum."

"Pada masa ini, meskipun pihak berkuasa boleh menyekat akses atau menghalang aplikasi seperti itu, mereka tidak akan berbuat demikian memandangkan majoriti pengguna media sosial menggunakan aplikasi berkenaan secara positif dan bukan bagi tujuan negatif atau untuk mencela," katanya.

Salleh bagaimanapun mengingatkan oang ramai bahawa ini tidak bermakna mereka boleh memuatkan maklumat tidak disahkan tanpa menghormati atau mematuhi undang-undang.

mstar.com.my

Ramai yang beranggapan saranan dari Datuk Seri Salleh Keruak ini sebagai perkara yang lucu kerana...seriously?

Twitter antara platform media sosial yang tak kurang hebatnya di mata dunia. Pelbagai jenis kerakyatan, negara, bangsa mahupun fahaman menggunakan Twitter dalam menyampaikan ideologi mereka, termasuk ISIS.

Ramai yang mempertikaikan kenapa sehingga kini Twitter tidak menghalang ISIS dari terus memiliki akaun Twitter dan menyebarkan agendanya melalui medium tersebut, sedangkan sudah terbukti mereka "kejam". Hanya beberapa akaun yang dikenal pasti sahaja telah di*block*. Tiada rekod Twitter menghalang individu atau negara dari memiliki akaun Twitter untuk lain-lain kes "pelik".

Image via Twitter

Google juga semakin jauh melangkah ke hadapan. Dari sebuah enjin pencarian, kini pelbagai produk berteknologi tinggi telah dikeluarkan oleh Google. Terkini, Google bernaung di bawah syarikatnya sendiri Alphabet dan Sundar Pichai telah dilantik menjadi CEO Google yang baru.

Namun begitu, Google telah disenaraihitamkan di negara China kerana kerajaan China ingin mengawal informasi dan data yang disebarkan di negara tersebut. Terfikir tak, kenapa tidak China memohon kerjasama Google untuk kawal data yang dikeluarkan dan dipaparkan di negaranya?

Facebook pula pernah dikecam kerana enggan menurunkan content yang memaparkan agenda Islamophobia. Facebook juga antara laman sosial yang menyokong perkahwinan sesama jenis dengan menyediakan plugin untuk menukar gambar profil kepada berwarna pelangi.

Image via bgr.com

Ketiga-tiga Facebook, Twitter dan Google adalah medium sosial media dan teknologi saiber yang sangat pesat membangun. Berkemungkinan besar mereka menerima jutaan request untuk block atau banned isi kandungan atau individu tertentu. Jadi rasa-rasanya, adakah mereka mempunyai masa untuk melayan aduan dari mana-mana kementerian Malaysia?

Tidak dinafikan, ini adalah percubaan yang baik oleh SKMM dalam mendefinisikan freedom of speech

Image via huan2u.com

Tetapi rasanya banyak lagi cara lain untuk membuatkan rakyat lebih tenang, seperti:

1. Memberikan penjelasan yang lebih telus dan tulus pada mana-mana persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat.
2. Memahami secara keseluruhan bagaimana teknologi laman sosial berfungsi dan menggunakan kelebihan itu untuk mengambil hati rakyat.
3. Memberikan definisi yang lebih tepat tentang hak kebebasan bersuara yang diberikan kepada rakyat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Twitter

Rakyat sendiri juga harus tahu batasan apabila menulis dan berkongsi sesuatu di laman sosial

Ingatlah, apa yang kita tulis dan katakan akan menjadi tanggungjawap kita sepenuhnya, kalau pun bukan sekarang, di akhirat nanti. Jadi, hati-hati apabila menggunakan papan kekunci ya?

Dah baca dah koleksi 8 kenyataan Perdana Menteri DS Najib Tun Razak?

You may be interested in: