seismik

Siapa Yang Layak Bekerja Di Agensi Pengiklanan? - Saksikan Drama Baru Budak Intern Di TV9

Berjayakah empat sekawan ini?

Cover image via @kd_ija (Instagram) & @budak_intern (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

TV9 membawakan sebuah drama komedi tempatan terbaru yang bertajuk Budak Intern

Drama tersebut ditayangkan di saluran TV9 dan Viu Malaysia bermula 22 September 2021, jam 9.30 malam. Drama 16 episod ini mengisahkan kehidupan ‘budak intern' yang ingin merebut jawatan dalam agensi pengiklanan bersama rakan-rakannya. 

Dilakonkan oleh pelakon-pelakon hebat tanah air

Budak Intern merupakan drama bersiri tempatan yang membariskan pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Malek Mccrone, Intan Najuwa, Bella Dowanna, Syafi Tee, Acong Sweetchild dan ramai lagi.

Empat sekawan ini akan melalui proses pembelajaran dan suka duka sepanjang tempoh internship mereka. Tidak dinafikan, drama ini pastinya sangat dekat dengan masyarakat selain menunjukkan kehidupan sebenar terutamanya buat para pelajar yang pernah menjalani latihan industri. Malah, sepanjang tempoh internship, Izzy, Bainun, Ryan dan Karl perlu berusaha dan menonjolkan diri mereka demi memperoleh penilaian yang baik dari penyelia masing-masing.

Tanpa mereka sedar sebenarnya latihan industri ini bukan sekadar penilaian lulus atau gagal semata-mata, tetapi persahabatan mereka turut diuji. Lebih ‘menghangatkan’ suasana apabila empat sekawan ini perlu bersaing bagi merebut satu jawatan tetap selepas selesai tempoh latihan industri tersebut. Adakah salah seorang daripada mereka akan berjaya? Sama-sama kita saksikan!

Drama Budak Intern bersiaran pada setiap Rabu dan Khamis, jam 9.30 malam di TV9.

Bukan itu sahaja, turut disiarkan secara online di laman penstriman Viu Malaysia selepas habis tayangan di TV9!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: