seismik

Siap Suruh Posing, Tular Video Pasangan Ini Tak Perasan Remy Ishak Tolong Ambilkan Gambar

Aduh, rugilah! Kalau tak boleh bergambar dengan hero malaya.

Cover image via @roseezza (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kalau kita terserempak dengan artis kegemaran atau influencer di tempat awam mesti perasaan excited itu tiba-tiba datang bukan?

Malah, ramai peminat yang bertindak untuk mengambil gambar dan story bersama artis pujaan hati mereka itu sebagai kenangan.

Namun, lain pula yang berlaku dalam sebuah video ini apabila sepasang suami isteri tidak perasan gambar mereka diambil oleh hero malaya iaitu Remy Ishak telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@roseezza

Tadi singgah Tasik Cermin ada 1 couple mintak tolong ambik gambar , macam biasa lah suami ku memang gigih kalau bab ambik gambar, nak dapatkan shot yang cantik!. Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini. Happy New year 2023 guys!. #remyishak #happynewyear2023

Tak Kan Hilang by Budi Doremi - Kopi Rona

Photographer misteri tolong ambilkan gambar siap suruh posing, sampai ke sudah tak tahu itu Remy Ishak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @roseezza, kelihatan pasangan suami isteri itu sedang berada di spot gambar di Tasik Cermin, Ipoh.

Apa yang menjadi perhatian adalah apabila mereka meminta seorang lelaki berbaju kuning untuk mengambil gambar mereka tanpa mengetahui siapakah individu tersebut di sebalik pelitup muka.

Rupa-rupanya, lelaki itu adalah pelakon pujaan ramai iaitu Remy Ishak. Video tersebut telah dirakam sendiri oleh isterinya Ezza Yusof.

"Harap couple ni happy lah dengan gambar dia, sebab depa tak perasan siapakah photographer misteri gigih ini," katanya.

"Ingatkan seorang cameraman yang terkenal rupanya Remy. Aku terus bukak profile nak tengok siapa laki dia. Sekali lelaki pujaan Malaya, wow!" - Netizen

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.3M views, 102K likes dan 1.5K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut apabila mendapat tahu photographer misteri tersebut adalah Remy Ishak.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kalau Remy buka face mask dia masa tu, habislah dia kena serbu! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: