seismik

"Siap Shake Badan" - Gelagat Budak Lelaki Menari Dengan King Kong Ini Undang Dekah Ramai

Kau memang hebat dik.

Cover image via @nabell0_0 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kalau sebut pasal zoo atau taman safari, kanak-kanaklah yang paling teruja untuk melihat pelbagai jenis haiwan depan mata ini

Iyalah, sejak kecil mereka sudah belajar mengenali haiwan semasa di rumah. Jadi, sudah tentu mereka teruja bila melihat haiwan-haiwan di dalam buku selama ini secara dekat.

Namun, baru-baru ini tular gelagat seorang budak lelaki di 99 Wonderland Park menari dengan seekor King Kong telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tak takut langsung, selamba menari dengan King Kong siap tiru aksi goyang badan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nabell0_0, kelihatan seekor King Kong sedang berlegar di salah satu kawasan dalam 99 Wonderland Park itu.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila seorang budak lelaki berbaju kuning dilihat tidak takut dengan King Kong itu yang datang menghampirinya.

Lebih menghiburkan lagi adalah apabila dia dilihat selamba menari dan mengikut rentak King Kong itu. Malah, mereka sama-sama menggoyangkan badan pada akhir rakaman tersebut.

"Ilmu apa adik tu pakai sampai boleh jinakkan King Kong? Kalau saya dah lari dah siap menjerit lagi haha" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini mendapat 555.7K views, 111.4K likes dan 1.7K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik kau tak kena baham dengan King Kong tu dik, tahap keberanian dia memang 200%!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: