seismik

"Siap Berjoget" - Aksi Frontliner Hiburkan Kanak-Kanak Di Pusat Kuarantin Ini Curi Tumpuan

Sporting!

Cover image via @Ciaoticjoeadi0s (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berikutan dengan penularan wabak Covid-19 yang tidak terkawal, kerajaan terpaksa menubuhkan beberapa pusat kuarantin

Pesakit Covid-19 yang tinggal di pusat kuarantin bukan saja orang dewasa, malah ada juga kanak-kanak yang ditempatkan di sana. Mereka dipantau bawah jagaan para frontliners untuk perkembangan kesihatan yang selanjutnya. 

Tular sebuah video baru-baru ini yang memaparkan aksi frontliner berjoget untuk menghiburkan kanak-kanak di pusat kuarantin curi tumpuan netizen. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Seronok bergelek sambil menunjukkan video untuk hiburkan kanak-kanak kecil

Menerusi video yang dimuat naik oleh @Ciaoticjoeadi0s, kelihatan dua orang frontliners sedang mencari cara untuk menghiburkan kanak-kanak kecil di katilnya. 

Apa yang lebih menarik adalah apabila kedua-dua frontliners berjoget untuk hiburkan kanak-kanak kecil itu. Malah, seorang daripadanya berjoget sambil menunjukkan video di telefonnya. 

Lebih lucu lagi, kanak-kanak itu juga turut berjoget dengan asyiknya. Comel sungguh cara mereka hiburkan mereka. 

"Terima kasih hiburkan anak kecil, terima kasih frontliners, tak terbalas jasamu"- Netizen

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan aksi frontliner itu. Malah, mereka juga bersyukur dan berterima kasih kepada frontliners yang berjasa itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu meraih 126K views, 2K retweets, 180 quotes tweets dan 5K likes di Twitter. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter. 

Comel je adik tu ikut akak-akak frontliners berjoget, semoga cepat sembuh. Terima kasih juga kepada frontliners! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: