seismik

Siap Ada Award, Muka Siswa & Siswi Tidur Masa Majlis Orientasi Ini Undang Tawa Ramai

Tidur lagi, tengok dah terpampang muka.

Cover image via @cmcmniors (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda pertama kali melangkah ke alam universiti, anda pasti akan melalui majlis orientasi terlebih dulu

Majlis orientasi diadakan bagi memperkenalkan institusi pengajian itu sendiri serta tatacara dan peraturan yang perlu diikuti oleh para pelajar.

Sudah tentu, kadang kala ia agak membosankan sehingga membuatkan ramai tertidur ketika mendengar taklimat.

Namun, lain pula dengan majlis orientasi ini apabila pihak universiti siap mengambil gambar pelajar-pelajar yang tidur semasa majlis itu telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Papar muka-muka yang tidur masa majlis dengan letak 'award' sekali

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang pemuda berkongsi situasi ketika dia sedang berada di majlis orientasi universitinya.

Dapat dilihat, paparan monitor menunjukkan muka-muka pelajar yang sempat tidur sepanjang minggu majlis orientasi itu diadakan.

Lebih melucukan lagi, pihak majlis siap meletakkan 'award' bagi pelajar-pelajar tersebut.

"Mereka dah lama rancang kita yang lalai" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihatnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 231.2K views,  12.4K likes dan 205 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sedap betul semua tidur ya, sampai senget-senget kepala :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: