seismik

"Si Bulus Cerdik" - Kucing Suka Main Air Walaupun Paip Sudah Tutup Ini Raih Tumpuan Ramai

Eh, pelik ni kucing suka main air.

Cover image via @dzil_a_majid (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semua orang tahu, kucing sinonim dengan seekor haiwan yang sangat takutkan air

Lebih-lebih lagi, waktu untuk mandikan mereka. Sememangnya akan ada sahaja gelagat kucing meronta dan berlari dek kerana takutkan air.

Namun lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial baru-baru ini, apabila seorang lelaki berkongsi ketika kucing peliharaannya bermain dengan paip air telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tuan dah tutup, tapi dia bijak buka balik paip air

Menerusi video berkenaan, kelihatan lelaki itu menunjukkan gelagat kucingnya yang seronok bermain dengan air.

Lebih menghiburkan lagi, apabila salah seekor daripadanya pandai membuka semula paip air dek kerana tuannya tutup paip tersebut.

Walaupun tuannya sudah tutup berkali-kali, kucingnya itu masih membuka semula dan sambung bermain dengan air.

"Lepas ni tau dah, bil air naik siapa punya kerja" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 718.1K views, 67.8K likes dan 7,390 comments di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kucing peliharaannya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ini kucing educated ni. Pandai pula dia buka balik paip :D

Image via Gfycat

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: