seismik

"Setepek Kena Majnun" - Dua Gadis Borak Sakan Guna Bahasa Berlainan Bikin Netizen Terhibur

Majnun maksudnya gila.

Cover image via @flamingos1411 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berbahasa asing selain daripada bahasa ibunda sudah tentu sesuatu yang boleh dibanggakan

Ada yang boleh bertutur 3 hingga 4 bahasa asing. Majoriti rakyat di Malaysia mempunyai kemahiran berbahasa Arab, Mandarin, Inggeris, Tamil dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila dua orang gadis berborak dalam bahasa berlainan telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@flamingos1411

Haah mmg nak bergaduh pakai bahasa masing2

original sound - Flamingo - Flamingo

Masing-masing sakan berborak dalam bahasa Arab dan Mandarin

Menerusi video berkenaan, kelihatan dua orang gadis sedang berborak antara satu sama lain di dalam bilik mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka berdua berborak dalam bahasa berlainan. Salah seorang menggunakan bahasa Arab untuk bercakap. Seorangnya lagi menggunakan bahasa Mandarin.

Pada akhir video, gadis yang menggunakan bahasa Arab itu kelihatan bengang lalu menjerit 'hey majnun' membuatkan situasi itu menjadi kelakar.

"Dulu selalu kena dengan ustazah bila tak hafal hafazan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 253K tontonan, 44K tanda suka dan 325 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat dua orang gadis itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Seronok and best tengok orang lain cakap bahasa asing ni! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: