seismik

Seorang Lelaki Lapor Dirinya Sesat Di Hutan. Bomba Dah Datang, Rupa-Rupanya Kena 'Prank'

Kurang kasih sayang kot.

Cover image via Balai Bomba dan Penyelamat Raub

Ramai orang doakan keselamatannya sejurus "sesat" di dalam hutan, rupa-rupanya semua orang kena tipu

Image via blogspot.com

Baru-baru ini viral satu cerita tentang seorang lelaki yang melaporkan dirinya sesat di kawasan perhutanan Bukit Fraser, Pahang sehingga menarik perhatian ramai.

Mana tidaknya, lelaki itu yang didakwa sebagai seorang blogger terkenal difahamkan telah sesat di dalam hutan dan bersendirian selama berjam-jam. Walaupun sudah mencuba sedaya upaya, beliau tetap gagal mencari jalan keluar dan menemui jalan yang sama.

Mujur pada waktu itu telefon bimbitnya masih bernyawa dan kawasan hutan itu mampu mencapai liputan Internet.

Beliau yang sesat telah menggunakan Facebook bagi memohon bantuan orang ramai.

Menurut status yang dimuat naik, beliau berkata koordinat GPS yang dibacanya pada waktu itu sepatutnya membawa beliau ke sebatang denai.

Namun, beliau telah dibawa ke lokasi yang berbeza. Beliau juga sempat melampirkan sekeping gambar.

Image via Facebook

Dalam post lain, lelaki itu juga sempat kongsikan maklumat lokasi beliau berdasarkan bacaan koordinat, sambil memohon doa dan bantuan dari orang ramai.

Image via Facebook
Image via Facebook

Selepas berita itu tersebar, seorang warga prihatin bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Raub bagi memohon bantuan lanjut

Seorang wanita yang tidak dikenali namanya menghubungi pihak bomba menerusi Facebook untuk melaporkan tentang kehilangan lelaki tersebut.

Pihak bomba segera memberi maklum balas dan bersedia untuk mengadakan misi SAR secepat mungkin tanpa berlengah.

Ikuti perbualan di bawah:

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

Rupa-rupanya, berita tentang lelaki tersebut sesat di hutan hanyalah sekadar prank yang tak tahu apa motif di sebaliknya.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Balai Bomba dan Penyelamat Raub menerusi satu kenyataan rasmi di Facebook.

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.

YS DATO/TUAN/PUAN/ENCIK/CIK

BBP RAUB

30/10/2017

MAKLUMAN KES KEHILANGAN ORANG DI BUKIT FRASER

Bertindak atas laporan diterima melalui aplikasi Facebook Balai Bomba dan Penyelamat Raub mengatakan terdapat seorang mangsa lelaki telah hilang di kawasan Bukit Fraser dalam kawasan jagaan Balai Bomba dan Penyelamat Raub.

Ketua Balai bersama anggota telah cuba mendapatkan maklumat yang perlu setepat yang mungkin dan telah bergegas ke lokasi pencarian di kawasan Bishop Trail Bukit Fraser namun setibanya pasukan Bomba di lokasi dan memulakan pencarian di Bukit Fraser dan dikatakan beliau telah keluar dari lokasi beliau sesat.

Ketua Balai telah berhubung dengan beliau melalui talian telefon bimbit dan beliau mengatakan akan hadir berjumpa pihak Bomba dan PDRM di Balai Polis Bukit Fraser.

Selepas itu beberapa cubaan untuk menelefon beliau kembali telah dapat dilakukan dan beliau masih mengatakan akan berjumpa pihak Bomba dan PDRM setelah setengah jam menunggu untuk memastikan kesahihan kes.

Namun setelah hampir 2 jam menunggu beliau tidak muncul dan kemudian mengatakan telah berada di kawasan Sungai Buloh Selangor dan dalam perjalanan untuk membuat laporan kepada pihak PDRM berdekatan untuk memberikan penjelasan.

Usaha pencarian ditamatkan di lokasi dan Ketua Balai bersama pasukan telah bertolak balik ke balai.

Walaupun begitu, lelaki terbabit tanpa rasa segan silu memuat naik update terbaru setelah "selamat" dan meminta orang ramai hentikan spekulasi

Image via Facebook

Perkara ini sekali gus mencetuskan kemarahan netizen di media sosial. Daripada mendoakan keselamatan beliau, kini bertukar menjadi caci maki dan kecaman.

Image via Facebook
Image via Facebook
Image via Facebook

"Celaka punya anak toyol..! Satu Malaysia ko kencing!" - Netizen.

Image via tumblr.com

Kini, segala post mengenai dirinya sesat di hutan telah pun dipadam.

Anda rasa, apa motif dia buat macam tu? Cuba share sikit dengan kami di ruangan komen!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: