Senior Asrama Bagi Pantang Larang, Rupa-Rupanya Nak 'Cover' Dirinya Ialah Penanggal
Tak sangka penanggal pun pergi belajar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bagi sesiapa yang pernah tinggal di kolej pasti ada kisahnya tersendiri
Namun dalam banyak-banyak cerita, kisah misteri pasti sentiasa mendapat perhatian ramai disebabkan pengalaman tersebut jarang dapat dirasai semua orang.
Itulah yang dikongsikan seorang wanita menerusi perkongsiannya di TikTok mendedahkan rakan sebiliknya adalah seorang penanggal.
Perkara itu telah dikongsi pada ruang komen dalam sebuah hantaran yang tular baru-baru ini meminta orang ramai kongsi kisah mereka berkenaan rakan serumah.
Mendapat pantang larang daripada senior
Dalam perkongsiannya itu, dia memaklumkan bahawa dirinya adalah pelajar baharu dan memasuki dorm yang dihuni oleh lapan pelajar senior dan dua pelajar junior termasuk dirinya.
Mereka dikatakan telah diberi beberapa pantang larang dan pada mulanya dia tidak mengesyaki apa-apa kerana ia dilihat seperti perkara yang normal.
Penampakan di dalam tandas
Menurutnya, perkara misteri itu mula dialaminya setelah masuknya semester kedua di mana dia menjumpai lembaga yang dipercayai penanggal di dalam tandas.
Jelas nampak penanggal terbang ke arah empunya badan
Selepas kali pertama ternampak lembaga tersebut, dia sambung berkongsi kali ini jelas nampak susuk penanggal yang terbang ke arah badan.
Dakwanya, senior yang memberitahu pantang larang kepadanya semasa baharu memasuki kolej itu rupa-rupanya adalah penanggal itu sendiri.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!