Senarai Lokasi Mesin ATM Untuk Tukar Duit Raya 2025 Di Maybank, CIMB & Bank Islam
Cepat tukar duit raya korang, sempat lagi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pejam celik pejam celik, raya 2025 pun dah nak tiba! Korang dah tukar duit raya ke belum?
Mesti ada lagi yang belum sempat menukar duit raya kerana terlalu sibuk dengan kerja kan? Jangan risau, kami akan memudahkan korang dengan menyenaraikan lokasi-lokasi mesin ATM berdekatan yang boleh mengeluarkan duit raya.
Lihat senarai penuh di bawah:
1. ATM Maybank
Langkah-langkah untuk menukar duit raya di mesin ATM Maybank:
1. Kunjungi cawangan Maybank terdekat yang menyediakan perkhidmatan ini. Cari mesin ATM yang memaparkan tanda 'Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini'
2. Masukkan kad ATM dan pilih 'Pengeluaran'
3. Pilih jumlah yang ingin dikeluarkan. Jumlah maksimum yang dibenarkan adalah RM300
4. Mesin akan mengeluarkan wang kertas RM10 yang baharu
5. Jangan lupa untuk meminta sampul duit raya di kaunter bank jika tersedia
Berikut adalah senarai penuh lokasi ATM Maybank yang korang boleh kunjungi:
2. ATM CIMB Bank
3. ATM Bank Islam
Langkah-langkah untuk menukar duit raya di mesin ATM Maybank:
1. Kunjungi mesin ATM Bank Islam yang menawarkan perkhidmatan tukar duit raya
2. Masukkan kad ATM anda dan pilih menu 'Pengeluaran Wang'
3. Pilih jumlah yang ingin dikeluarkan (bergantung pada stok sedia ada)
4. Ambil duit raya baru yang keluar dari mesin ATM
5. Jangan lupa untuk meminta sampul duit raya di kaunter bank jika tersedia
Bank Islam turut menyediakan kemudahan penukaran duit raya melalui mesin ATM di beberapa cawangan terpilih. Korang boleh menukar wang kertas dalam denominasi RM10 dengan jumlah maksimum tertentu bergantung kepada lokasi ATM yang tersedia.
Berikut adalah senarai lokasi mesin ATM Bank Islam yang korang boleh kunjungi:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!