seismik

Semuanya Kini Lebih Mudah, Genggam Degree Anda Hari Ini Dengan 'Online Distance Learning'!

Jom belajar di Universiti Multimedia (MMU).

Cover image via Multimedia University (MMU)

Artikel ini ditaja oleh Multimedia University (MMU).

Umum sedia maklum, sejak berlakunya wabak pandemik Covid-19, ianya telah meragut ratusan jutaan nyawa manusia di seluruh dunia

Justeru di Malaysia, untuk membendung penularan wabak ini terus berlaku kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dari 18 Mac 2020.

Rakyat di negara ini juga terpaksa menukar rutin harian apabila hampir semua rakyat tidak dibenarkan pergi ke pejabat untuk bekerja dan pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi juga tidak dapat menimba ilmu secara bersemuka dengan guru-guru dan pendidik mereka.

Semuanya harus dilakukan di rumah, perlu bekerja dan belajar dari rumah. Walaupun beberapa prosedur operasi standard (SOP) dilonggarkan semasa PKPB, namun untuk pelajar-pelajar, belajar di sekolah mahupun di pusat pengajian masih tidak dibenarkan oleh kerajaan.

Maka, pembelajaran dalam talian terus berlangsung bagi menggantikan pertemuan bersemuka. Universiti Multimedia (MMU) juga tidak terkecuali dalam melakukannya untuk para pelajar terus belajar seperti biasa walaupun secara menerusi online.

Jangan biarkan pandemik Covid-19 menghentikan impian anda untuk memperoleh degree!

Program degree 100% pendidikan jarak jauh dalam talian atau online distance learning (ODL) ini boleh didapati di MMU.

Program ODL di MMU ini memberi peluang kepada mereka yang tidak dapat belajar sepenuh masa untuk mempunyai lebih banyak fleksibiliti bagi memperoleh kelayakan degree.

Selain itu, pendidikan melalui pendekatan multimedia dan teknologi maklumat juga diajar oleh pensyarah MMU yang berkelayakan dan berpengalaman.

Program ODL adalah satu-satunya program degree di MMU membolehkan anda belajar di mana sahaja pada bila-bila sahaja yang anda suka.

Dengan pengalaman kerja tambahan oleh pelajar, program ini diharapkan dapat menghasilkan graduan yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi.

Anda tidak akan mempunyai alasan lain lagi kenapa perlu mengambil ODL program degree di MMU dengan ciri-ciri di bawah ini:

  • Program degree berasaskan 100% dalam talian
  • 100% berasaskan penilaian alternatif
  • Perintis atau yang terawal dalam pembelajaran dalam talian di Malaysia selama lebih dari 20 tahun (Universiti swasta pertama di Malaysia. Ditubuhkan sejak tahun 1996)
  • Yuran pengajian yang berpatutan. Biasiswa dan bantuan kewangan juga ada
  • Reputasi yang sangat baik untuk tenaga pengajar profesional untuk para pelajar
  • Mempunyai sesi pengajaran dalam talian yang dirakam dan juga secara live
  • Struktur yang fleksibel untuk memperoleh kelayakan degree
  • Kelayakan pemindahan kredit
  • Dianugerahkan sebagai Status Institusi Teknologi Digital Premier pada tahun 2019 oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
  • Dianugerahkan Perak dalam kategori Pendidikan & Pembelajaran di Putra Brand Award 2019.
  • Graduan yang sangat disukai dan diiktiraf sebagai pekerja pengetahuan mahir digital oleh firma Malaysia dalam Frost & Sullivan Asia Pacific Report 2017

Berikut di bawah adalah tiga (3) ODL program degree yang ditawarkan di MMU:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik