seismik

“Lupa Rakaat Berapa” - Aksi Pelajar Lelaki Imamkan Praktikal Solat Ini Raih Tawa Ramai

Khusyuk sangat kau ni dik.

Cover image via @amrllmn5 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Ketika di bangku sekolah, praktikal solat merupakan silibus pendidikan yang amat penting bagi setiap pelajar Muslim

Iyalah, solat merupakan kewajipan fardu ain yang perlu ditunaikan oleh setiap orang Islam selepas akil baligh.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini, gelagat lucu seorang murid lelaki yang sedang melakukan praktikal solat di sebuah surau telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempat toleh dan tanya cikgu sebab terlupa bilangan rakaat

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh @amrllmn5 di TikTok, reaksi lucu seorang pelajar lelaki yang menjadi imam ketika praktikal solat telah mengundang tawa netizen.

Malah, pelajar tersebut dilihat sempat menoleh ke arah cikgunya dan bertanya berkenaan bilangan rakaat.

Gelagat pelajar itu turut menjadi bualan netizen di ruangan komen berkenaan nostalgia ketika mereka berada di bangku sekolah.

"Sempat lagi dia pergi bertanya" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini meraih 391.1K tontonan, 14.2K tanda suka dan 186 komen di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat pelajar lelaki tersebut.

Berikut di bawah adalah komen menarik daripada netizen di TikTok:

Amboi, nasib baik cikgunya sporting melayan :)

Image via GIFER

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: