seismik

Isteri Sempat Campak Anak Bongsu Ke Belakang Sebelum Maut Bertembung Lori Bersama Suami

Sekelip mata sahaja tiga beradik ini menjadi yatim piatu. Allahu, sedihnya...

Cover image via Harian Metro

Sepasang suami isteri maut selepas kereta yang dipandu telah bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 134 Jalan Kuantan - Seremban pada 3 Oktober 2019

Keadaan kereta selepas bertembung dengan sebuah lori dan mengorbankan suami isteri.

Image via Harian Metro

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 pagi ketika pasangan suami isteri bersama tiga orang lagi anak mereka dalam perjalanan menuju ke Seremban.

Kemalangan itu berlaku selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu oleh mangsa masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori model Isuzu. Kereta tersebut juga remuk di bahagian hadapan dan mengakitbatkan mangsa, Muhammad Noor Idham Ramli, 31, maut di tempat kejadian selepas parah di bahagian kepala. Manakala isterinya, Surawati Mohd, 33, meninggal dunia beberapa jam selepas dirawat di Hospital Muadzam Shah.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kemalangan itu juga mengakibatkan tiga anak pasangan itu yang berusia dua hingga enam tahun cedera

Image via Harian Metro

Anak pasangan suami isteri itu dikenali sebagai Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfan Rakeen, 2, menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Muadzam Shah. Selain itu, tiga beradik ini juga secara sekelip mata menjadi yatim piatu selepas kehilangan kedua-dua orang tua mereka.

"Ibu sempat campak Arfan (adik bongsu) ke tempat duduk belakang bagi menyelamatkannya..." - Aryan Rizqy.

Image via Google
Image via Google

Menurut laporan, adik kepada mangsa iaitu Syaidatul Fatihah menceritakan bahawa kakaknya itu sempat mencampak anak bongsunya ke tempat duduk penumpang belakang sebelum disambut oleh anak sulungnya bertujuan untuk menyelamatnya kanak-kanak tersebut.

Syaidatul Fatihah turut menjelaskan bahawa dia dan ahli keluarganya langsung tidak tahu bahawa kakaknya dan keluarga akan bertolak sehari sebelum.

“Kakak memaklumkan mereka akan bertolak esok ke rumah mentuanya kerana anaknya tidak bersekolah malah keluarga abang ipar pun tak tahu lima beranak itu bertolak awal.

“Kami diberitahu kakak dan suami meninggal dunia dan hospital minta kami datang ambil tiga anak saudara yang cedera. Tiga anaknya turut dibawa pulang bersama kami kerana mereka lebih rapat dengan ahli keluarga di sini.

“Bagaimanapun, kami akan berbincang dengan ahli keluarga abang ipar mengenai penjagaan tiga anak arwah ini,” katanya.

Arfan Rakeen dipeluk ibu saudaranya, Shariena Mohd.

Image via Harian Metro

Jenazah abang iparnya dibawa ke Felda Lui untuk dikebumikan manakala jenazah kakaknya dibawa pulang ke Gong Merawang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Marang.

Image via Harian Metro

Al-fatihah kepada kedua-dua mangsa dan semoga dipermudahkan segala urusan tiga beradik ini. Amin...

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Ajal dan maut terletak di tangan Tuhan...

You may be interested in: