seismik

[VIRAL] Seluar Dalam Dijumpai Di Mydin Yang Menyentuh Sensitiviti Umat Islam

Sebuah gedung pasaraya terkenal, Mydin telah mencetus kontroversi dengan penjualan seluar dalam kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti umat Islam.

Cover image via fbcdn.net

Isu Seluar Dalam Kanak-kanak Ini Telah Tersebar Luas Dan Menjadi Topik Bualan Semasa Pengguna Media Sosial Di Malaysia

Image via imgur.com

Baru-baru ini, beberapa helaian seluar dalam kanak-kanak yang menyentuh sensitiviti umat Islam dikatakan telah dijumpai dijual di pasaraya Mydin cawangan Jasin, Negeri Sembilan.

facebook.com

Seluar dalam tersebut mengandungi cetakan gambar sebuah masjid dan dua orang lelaki memakai baju melayu lengkap seperti yang tertera pada gambar diatas.

facebook.com

"Ini memang sudah terlampau lebih!!!" Kata Seorang Pengguna Facebook

Image via imgur.com

Majoriti pengguna meluahkan rasa tidak puas hati kepada Mydin. Ini disebabkan cetakan gambar pada seluar dalam tersebut menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia.

facebook.com

Ramai yang merasakan Mydin telah menghina agama Islam. Gambar masjid serta dua orang lelaki berbaju melayu lengkap tidak sepatutnya dicetak pada seluar dalam.

facebook.com

Pengguna Melemparkan Rasa Tidak Puas Hati Mereka Di Facebook

Image via imgur.com

Rakyat Malaysia yang beragama Islam telah meminta pihak yang berkaitan untuk menyiasat tentang perkara ini.

facebook.com

Perkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia mengaitkan dengan sensitiviti agama rasmi di Malaysia iaitu agama Islam.

facebook.com

Perhatian perlu diberikan berhubung kes ini

Image via imgur.com

Walaubagaimanapun, Pembekal Kepada Mydin, Syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. Telah Memohon Maaf Atas Kesilapan Yang Telah Dilakukan

Thunder Storm Sdn. Bhd. Memohon Maaf

Image via imgur.com

Pihak pembekal Mydin, syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. telah menyatakan rasa kesal mereka terhadap segala yang terjadi.

facebook.com

Syarikat Thunder Storm Sdn. Bhd. dari awalnya telah sedar terhadap cetakan gambar pada seluar dalam tersebut. Mereka berkata bahawa kejadian ini berlaku atas kecuaian yang tidak dapat dielakkan.

facebook.com

Bukan niat mempersendakan agama

Image via imgur.com

Mereka juga menyatakan bahawa mereka tidak berniat untuk mempersendakan agama Islam.

facebook.com

Kenyataan Ini Telah Disokong Oleh Seorang Pengguna Yang Prihatin

Sokongan yang diberikan keatas penjelasan Thunder Storm

Image via imgur.com

Pihak pengurusan Mydin telah menyarankan bahawa pakaian yang mempunyai cetakan gambar yang boleh menyentuh sensitiviti agama tidak akan lagi dijual dan sekiranya terdapat pakaian-pakaian sebegitu, semuanya akan dipulangkan kepada pembekal.

facebook.com

Mydin Juga Telah Memberi Respon Kepada Isu Ini Di Laman Twitter Mereka

Respon daripada Mydin

Image via fbcdn.net

Produk seluar dalam tersebut difahamkan telah dikeluarkan daripada rak-rak jualan di seluruh Mydin.

facebook.com

You may be interested in: