seismik

Selepas Terengganu, Giliran Perlis Pula Haramkan Penjualan Vape Bermula 1 Ogos Ini

Penggunaan vape telah difatwakan haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sejak 2022.

Cover image via Burjeel & The Star

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perlis menjadi negeri kedua tahun ini selepas Terengganu umumkan pengharaman jualan vape berkuat kuasa 1 Ogos

Menerusi laporan Berita Harian, Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli berkata peniaga vape perlu bersedia mencari perniagaan baharu yang tiada kaitan produk menjejaskan kesihatan.

"Lesen perniagaan vape mereka tidak akan diperbaharui dan akan ditamatkan segera berkuat kuasa 1 Ogos. Difahamkan tidak banyak premis menjual vape di seluruh Perlis, bawah 50 kedai sahaja.

"Namun kali ini, kita (kerajaan negeri) mengambil langkah untuk mengharamkan penjualannya pula. Walaupun sukar mengekang penggunaan vape sepenuhnya, sekurang-kurangnya tindakan kita ini dapat cegah anak muda daripada menghisap vape,"
katanya.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli

Image via Malay Mail

Peningkatan kes melibatkan individu bawah umur di Perlis antara sebab penguatkuasaan dilakukan

Antara kes mudarat akibat penggunaan vape melibatkan individu bawah umur di negeri itu adalah seorang pelajar tingkatan yang tiga diserang sawan selepas dipercayai menghisap vape di dalam tandas.

Selain itu, terdapat juga kes melibatkan pelajar tingkatan dua cedera akibat terjatuh dari bumbung sekolah selepas dipercayai khayal menghisap vape.

Tahun lalu, Kerajaan Negeri Perlis telah melakukan penguatkuasaan undang-undang pengharaman operasi premis judi secara besar-besaran.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: