seismik

Selamba Rembat Baju Kelawar Isteri, Wanita Ini Rakam Gelagat Lucu Suami Selama Seminggu

Lengkap baju kelawar dia, penuh warna-warni!

Cover image via @maunaaaaaaaaaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Baju kelawar memang dikenali sebagai pakaian yang paling selesa bagi kaum wanita

Sebab itu, ramai wanita di luar sana memang suka beli baju kelawar untuk dipakai di rumah atau untuk tidur pada waktu malam. Namun, tak sangka pula lelaki di luar sana juga gemar memakai baju kelawar kerana keselesaannya. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang suami dilihat merembat baju kelawar isterinya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Pakai baju kelawar selama seminggu

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu memandu keretanya dari rumah untuk pergi ke tempat kerja.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia merakam gelagat suaminya yang comel ketika menghantarnya ke depan rumah. Suaminya itu dilihat memakai baju kelawar setiap pagi. Gelagat suaminya itu sangat comel sehingga membuatkan isterinya cair.

"Tenang betul jiwa lepas rembat baju kelawar bini" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.4M tontonan, 153K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lepas ni bini dia kena borong baju kelawar banyak-banyak lah :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: