seismik

"Selamba Buang Sampah" - Cara Lelaki Ini Pulangkan Sampah Kepada Pemandu Myvi Curi Tumpuan

Ingat ni jalan dia ke?

Cover image via Wan Johan Ariff (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Seperti umum tahu, pengguna jalan raya perlu sentiasa patuh kepada peraturan yang telah ditetapkan

Undang-undang jalan raya termasuklah pemakaian topi keledar, pemakaian tali pinggang keledar dan sebagainya. Selain itu, kita juga perlu menjaga kebersihan jalan raya supaya ia sentiasa selamat digunakan oleh orang ramai. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di Facebook yang memaparkan seorang lelaki berani memulangkan sampah kepada salah seorang pemandu jalan raya mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Pulangkan sampah kepada pemandu Myvi yang selamba buang sampah dari tingkap kereta

Menerusi video berkenaan, kelihatan banyak kereta sedang berhenti di traffic light di sebuah jalan raya yang tidak dikenal pasti. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang lelaki bertindak untuk turun daripada kereta sebaik saja melihat pemandu di depannya selamba membuang sampah. 

Lelaki itu dilihat mengutip sampah berkenaan dan memulangkan semula kepada pemandu Myvi di depannya. Perbuatan itu telah menarik perhatian ramai. 

"Dah nak 2022, ada lagi spesies monyet buang sampah dari kereta?" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berang dengan perangai pemandu itu. Namun, ramai juga yang memuji tindakan lelaki itu.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 290K tontonan, 6K tanda suka dan 900 komen di Facebook.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Facebook:

Salute bang, memang kena sekolahkan orang macam tu! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: