seismik

Selamatkan Diri Dari Api Tetapi Terlupa Cucu Di Dalam Rumah

Hancur luluh hati seorang nenek apabila mendapati cucunya masih berada di dalam rumah ketika ia sedang ligat dijilat api.

Cover image via theborneopost.com

Siti Zanyah Yaakob, 74, Hanya Mampu Menitiskan Air Mata Atas Kematian Tragis Cucunya, Nurul Adryana Lateesha Yang Hanya Berusia 2 Tahun

Gambar Nurul Adryana Lateesha

Image via googleusercontent.com

“Akibat terlalu panik, saya berlari keluar dari rumah untuk minta tolong. Ketika itu, saya langsung tidak ingat mengenai cucu, jika ingat pasti saya tariknya keluar."

hmetro.com.my

“Hanya beberapa minit selepas berada di luar rumah, baru saya teringat cucu masih berada di dalam bilik,” kata Siti Zanyah Yaakob.

hmetro.com.my

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa, Nurul Adryana Lateesya Mohammad Asyri ditemui dalam bilik tingkat bawah rumah papan tersebut.

sinarharian.com.my

Difahamkan, Nenek Mangsa Meninggalkan Sebentar Mangsa Dengan Abangnya Untuk Menunaikan Solat Sunat Dhuha

Rumah rentung akibat kebakaran

Image via ytimg.com

Katanya, sebaik selesai solat, dia berehat di ruang tamu rumah sebelum merasa bahang lalu memeriksa dan mendapati asap memenuhi seluruh rumahnya.

hmetro.com.my

“ Saya ternampak api di bahagian tangga sebelum melarikan diri dan tersedar yang Nurul Adryana masih berada dalam bilik selepas dimaklumkan abangnya."

sinarharian.com.my

Siti Zanyah Yaakob, 74, berkata ketika kejadian dua cucunya iaitu Nurul Adryana Lateesya dan Danial Mukhriz, 4, berada di dalam rumah bersamanya manakala ibu bapa kanak-kanak itu keluar bekerja.

theborneopost.com

Warga emas itu juga dikatakan cuba masuk ke dalam rumah yang dijilat api ketika usaha memadam kebakaran dijalankan anggota bomba, tetapi dihalang orang ramai berikutan keadaan berbahaya.

ammboi.com

Lebih Menyedihkan Apabila Segala Kelengkapan Untuk Mengerjakan Umrah Pada 23 Februari Depan Turut Musnah

Image via tumblr.com

Siti Zanyah turut memaklumkan segala kelengkapan untuk mengerjakan umrah bersama suaminya, Othman Md Hassan, 77, pada 23 Februari depan turut musnah dalam kebakaran tersebut.

sinarharian.com.my

Pihak Bomba Tiba Ditempat Kejadian 3 Minit Selepas Menerima Panggilan Dan Mengambil Masa 20 Minit Untuk Memadamkan Kebakaran

Image via umno-online.my

Pengarah Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Azmi Taman berkata, pihak bomba tiba di tempat kejadian dalam tempoh tiga minit selepas menerima panggilan orang awam.

sinarharian.com.my

Beliau berkata tiga jentera dengan 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Bukit Mertajam dan Perda serta dibantu bomba sukarela mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadamkan kebakaran.

theborneopost.com

“Api dapat dikawal pada jam 11.10 pagi dan kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya 11 minit kemudian. Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

sinarharian.com.my

Ibu Bapa Mangsa Pula Enggan Ditemuramah

Ibu bapa mangsa, Siti Salwani Othman, 28, dan Mohammad Asyri Zakaria, 30, yang berada di tempat kejadian enggan ditemu bual kerana masih sedih dengan tragedi yang menimpa anak mereka.

sinarharian.com.my

Pasangan yang bekerja dengan sebuah syarikat swasta di Bukit Tengah itu mempunyai tiga anak perempuan dan seorang lelaki berusia antara dua dan tujuh tahun. Nurul Adryana Lateesya adalah anak bongsu pasangan itu.

theborneopost.com

2 Jan: Seorang Kanak-Kanak Ditinggalkan Selama 9 Jam Ditemui Mati

You may be interested in: