seismik

Sekumpulan Pelajar Berlatih ‘Kawad Kaki’ Dalam Hujan, Tapi Endingnya Pula Curi Tumpuan

Markah penuh untuk keseragaman.

Cover image via @paspramsatkotamedan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.f

Sudah menjadi kebiasaan bagi para kadet untuk berlatih kawad kaki dalam jadual belajar mereka

Dalam kawad kaki, anda akan diuji dari segi aspek kerjasama dan kepatuhan mendengar arahan. Oleh sebab itu, dalam pertandingan kawad kaki, markah akan diberi penuh untuk kumpulan yang menunjukkan keseragaman. 

Baru-baru ini, tular sbeuah video di TikTok apabila sekumpulan pelajar yang merupakan kadet sedang berlatih namun endingnya pula lain telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Sedang asyik berlatih, tiba-tiba seorang lelaki terpelecok dan jatuh

Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pelajar yang merupakan kadet di maktab Indonesia sedang berlatih kawad kaki. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka semua dilihat berkawad dalam keadaan lantai yang licin kerana hujan. Salah seorang kadet lelaki dilihat terpelecok dan jatuh tergelincir ke atas lantai. 

Rakan-rakannya menoleh kepala mereka secara serentak apabila terdengar suara hentakan di belakang. Dipercayai, seluar yang dipakai oleh kadet lelaki yang jatuh itu koyak. 

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Semua mata tertuju padamu, yang tengok pun serentak" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6.7M tontonan, 973K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat kejadian itu. 

Malah, ada juga yang bersimpati dengan kadet lelaki yang jatuh itu. 

Berikut di bawah merupakan komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kawan kat sebelah dia itu tak boleh tahan gelak ya! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: