seismik

"Sejarah Tercipta!" - Malaysia Muncul Juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia 2022

Malaysia tamatkan dominasi Indonesia sejak tahun 2016.

Cover image via Team Malaysia (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Skuad badminton lelaki negara menjuarai Kejohanan Badminton Berpasukan Asia selepas menumpaskan juara bertahan, Indonesia, 3-0 di Setia City Convention Centre, Shah Alam sebentar tadi

Jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia, mempamerkan aksi tenang dan bertenaga untuk bangkit daripada ketinggalan satu set sebelum menang 14-21, 21-12, 21-10 ke atas Chico Aura Dwi Wardoyo dalam masa 50 minit.

Aksi lebih mendebarkan disajikan oleh beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, yang turut tewas set pertama 17-21 sebelum bangkit memenangi dua set terakhir 21-13, 21-18.

Mata kemenangan Malaysia disumbangkan oleh perseorangan meningkat naik, Ng Tze Yong, yang hanya memerlukan 47 minit untuk menewaskan Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay 21-14, 21-15.

Pencapaian terbaik skuad negara sebelum ini adalah mara ke final di Manila, dua tahun lalu namun tewas di tangan Indonesia 1-3

Indonesia tampil dalam aksi final itu sebagai juara bertahan tiga kali berturut-turut selepas menjuarainya bermula edisi pertama pada 2016 di Hyderabad, 2018 di Kedah dan 2020 di Manila.

Begitupun, skuad lelaki negara menamatkan dominasi Indonesia apabila merangkul gelaran sulung pada BATC) 2022 pada edisi kali ini.

Sebagai rekod, kejohanan dwitahunan ini juga merupakan pentas kelayakan bagi saingan Piala Thomas dan Uber, di mana empat pasukan terbaik akan layak ke acara berpasukan itu pada Mei depan.

Ia juga merupakan kejuaraan pertama Malaysia sejak edisi pertama diperkenalkan pada 2016.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: