seismik

Sebab Putus Cinta, Lelaki Ini Sanggup Buang Cincin Dalam Sungai Sampai Jadi Bualan Netizen

Perpisahan itu memang menyakitkan.

Cover image via @apek0966 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang bercinta pasti mempunyai impian untuk mengakhiri hubungan itu dengan sebuah perkahwinan bukan?

Lebih-lebih lagi jika hubungan cinta itu sudah bertahun lamanya. Tetapi, jodoh dan ajal bukanlah terletak pada ketentuan kita.

Namun, ada kalanya hubungan yang sudah lama dibina tidak semestinya diakhiri dengan sebuah perkahwinan. Tentu sekali ia adalah satu perkara yang sangat menyakitkan.

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila seorang lelaki nekad membuang cincinnya selepas hubungan cintanya terputus di tengah jalan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nekad nak move on tanpa memikirkan masa lalu

Menerusi video tersebut, kelihatan dia sedang bersendirian di sebuah lokasi sungai yang tidak dikenal pasti dengan memegang sebentuk cincin.

Namun, dengan hati yang diselubungi rasa sedih dia kemudian mencampakkan cincin berkenaan ke dalam sungai kerana hubungan cintanya gagal.

Malah apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila netizen ramai yang bertanya dimanakah lokasi dia membuang cincin tersebut kerana mahu mencarinya. Dia kemudian memuat naik satu lagi video menunjukkan lokasi di mana dia membuangnya.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

@apek0966

Reply to @fizafaris2020

original sound - Amirul Aizad

"When you in pain, you tak kisah either benda tu berharga atau pun tidak" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka mengenai video tersebut.

Malah, ada yang berpendapat sepatutnya dia menggadaikan semula cincin itu dan boleh memperolehi wang kembali. Ada juga yang menyakat dengan bertanyakan di manakah lokasi cincin itu dibuang kerana mahu mengutipnya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 47.5K likes, 5,255 comments dan 1,491 shares di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ramai pula yang nak tahu lokasi tu dekat mana ya :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: