seismik

Dengan 3 Kamera Dan Bawah RM1.2K, Huawei nova 4e Sangat Sempurna Sebagai Telefon Baru Anda

Murah dan semuanya lengkap!

Cover image via Tech Nave

Artikel ini ditaja oleh Huawei.

Dengan perkembangan teknologi sekarang, memang tak hairanlah kalau penjualan smartphone terpaksa bersaing sengit di pasaran tempatan

Image via vox-cdn.com

Sebab itulah setiap pengeluar berlumba-lumba menghasilkan spesifikasi yang canggih bagi merebut hati pengguna.

Yelah, sekarang ni, bila nak beli smartphone, orang dah tak pandang harga sangat, yang penting spesifikasi dan features kenalah mantap serta up-to-date!

Haa.. dengar cerita, HUAWEI nova 4e tengah hot dikatakan sebagai smartphone yang mesti dimiliki sekarang! Nak tahu kenapa?

Image via revu.com.ph

HUAWEI Nova 4e, padat dengan nilai estetika!

Kalau korang rasa HUAWEI nova 4e ni sama je macam smartphone yang lain, korang memang silap besar! HUAWEI nova 4e ni mempunyai fungsi yang lebih baik, dan sesuai untuk golongan elit serta profesional yang sangat mengikuti trend fesyen terkini.

Kemasan panel belakang premium

Image via Huawei

Korang tengok jelah kemasan panel belakang HUAWEI nova 4e yang cantik ni. Ia didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Midnight Black, Pearl White dan Peacock Blue yang tampak premium dan sangat tidak mengecewakan.

Favourite kami, pastinya warna Peacock Blue, sebab dengan teknologi coating terbaru, ia akan menghasilkan tona warna menarik antara ungu dan biru serta memiliki efek pantulan cahaya seperti aurora yang sangat menarik perhatian!

Berkeupayaan menyembunyikan display bar

Image via wp.com

HUAWEI nova 4e turut dilengkapi dengan paparan Dewdrop berukuran 6.15 inci yang menghasilkan nisbah skrin sehingga 90%. Ini bermakna, kalau korang tak suka ada display bar, peranti ini mempunyai fungsi untuk sembunyikan display bar tersebut.

Menariknya lagi, di sebalik lubang earpiece HUAWEI nova 4e ni, ia turut dilengkapi dengan lampu notifikasi LED dan indikasi bateri pelbagai warna.

Muat turun video dan jadikan ringtones

Image via wp.com

Siapa kat sini yang suka tukar-tukar ringtones telefon? Haa..korang tahu tak, sekarang ni, bukan sahaja lagu, tapi video pun boleh dijadikan ringtonesHUAWEI nova 4e menyokong fungsi video ringtones, di mana korang boleh muat turun mana-mana klip, contohnya dari Tik Tok, dan setkan sebagai ringtones. Cool!

Khas untuk gamers!

Image via Huawei

HUAWEI nova 4e menawarkan variasi 6GB RAM dan 128GB RAM berserta GPU Turbo 2.0 yang mempunyai keupayaan menyokong penggunaan micro sd card sehingga 512GB.

So, untuk korang yang kaki game, peranti ini memang untuk korang. Confirm lebih puas hati bila main games tu!

Paling win untuk kualiti gambar terbaik dengan tiga kamera beresolusi tinggi!

Image via technave.com

HUAWEI Nova 4e dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 24MP + 8MP Ultra Wide Angle dan sistem kamera belakang juga membolehkan korang menangkap gambar dari sudut pandangan yang lebih luas.

Image via Huawei
Image via Huawei

Yang lagi best, fungsi Integrated Handheld Night Mode juga membolehkan korang mengambil gambar dalam pelbagai sudut serta apa jua keadaan pengcahayaan. Nak ambil gambar malam-malam pun takde hal beb!

Haa..satu lagi kegunaan smartphone dengan resolusi kamera tinggi ni mestilah untuk selfie! Girls, jangan risau, dengan 32MP kamera selfie dan fungsi AI Beautification, selfie korang yang biasa-biasa tu akan bertukar macam selfie artis tau! Tak payah susah-susah nak edit.

Sama ada untuk golongan elit dan profesional, pengguna yang gemar mengikuti trend terkini, gamers ataupun gadis yang sukakan selfie, HUAWEI nova 4e ni memang pilihan tepat untuk korang!

Korang percaya tak, dengan semua spesifikasi dan kelebihan HUAWEI nova 4e ni, korang boleh belik dengan hanya RM1,119 sahaja! Sangat berbaloi, kan?

Apa tunggu lagi, jom jadi antara yang terawal merasai pengalaman menggunakan HUAWEI nova 4e dan dapatkan di Huawei Experience Stores, kedai dalam talian Huawei di https://shop.huawei.com/my/, zon paparan dan di pengedar yang sah.

Image via mobile88.com

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Jangan lupa masuk peraduan ini!

You may be interested in: