seismik

Satu Liter Air Mineral Lebih Mahal Berbanding Minyak Petrol. Patut Atau Tidak?

Air mineral 500ml dijual pada harga RM1.80, manakala minyak petrol 85 sen. Munasabah?

Cover image via themalaymailonline.com

Adakah Harga Sebotol Air Mineral 500ml Terlalu Mahal? Apa Pendapat Anda?

Semalam, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Melancarkan Boikot Terhadap Sebarang Jenama Air Mineral Di Dalam Negara Ini Yang Dijual Melebihi RM1 Kerana Dianggap Terlampau Mahal

Ahli-ahli PPIM bersama NGO ketika melancarkan kempen boikot air mineral pada sidang media, semalam.

Image via mstar.com.my

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mencadangkan supaya orang ramai memboikot semua jenis air mineral 500 mililiter (ml) yang melebihi harga RM1.00.

bernama.com

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata pengguna perlu menggunakan kuasa mereka dalam menentukan harga barangan berikutan harga minyak yang telah diturunkan sekarang.

therakyatpost.com

"Harga Kos Bagi 500ml Air Mineral Lebih Kurang 50 Sen Dan Selepas Mengambil Kira Keuntungan Sebanyak 70 Peratus, Ia Sepatutnya Dijual Pada Kadar Tidak Melebihi RM1.00 Sahaja"

“Kos pengeluaran maksimum sebotol air mineral hanya RM0.512 , namun apabila dijual kepada pengguna, ia boleh mencecah RM1.20 hingga RM24 bagi 500ml."

“Kadang-kadang sikap pengguna yang terleka menyebabkan peniaga sengaja mengambil kesempatan menaikkan harga air mineral terlalu tinggi. Bayangkan ada beberapa jenama air mineral yang diimport dari negara luar sehingga mencecah puluhan ringgit," kata Nadzim.

abnxcess.com

Datuk Nadzim Johan Berkata Minyak Petrol Yang Melalui Pelbagai Proses Dalam Kuantiti 500ml Dijual Lebih Murah Daripada Sebotol Air Mineral Bersaiz Sama

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Image via therakyatpost.com

Menurutnya, air mineral bagi saiz itu kini dijual pada harga berbeza di seluruh Malaysia dengan ada yang menjualnya sehingga mencecah RM3.30 sebotol.

“Ada satu air mineral harganya tidak masuk akal memandangkan proses untuk menghasilkan sebotol air mineral tidak begitu rumit."

“Malah jika dikira, harga minyak petrol yang melalui pelbagai proses dalam kuantiti 500ml lebih murah daripada harga sebotol air mineral bersaiz sama. Harga minyak petrol RON95 dalam kuantiti 500ml hanya 85 sen. Jadi kalau nak kata, lebih baik minum minyak petrol sebab lagi murah,” sindirnya.

sinarharian.com.my

Nadzim Juga Mencadangkan Kerajaan Menyediakan Harga Siling Untuk Air Mineral Dengan Harga RM1 Kerana Air Mudah Didapati

Jawatankuasa itu turut menggesa pengguna supaya menunjukkan hak dengan memilih barangan yang lebih murah tanpa perlu menunggu harga kawalan daripada kerajaan.

"Pengguna harus tunjukkan hak serta menentapkan harga permintaan. Kalau harga air mineral lebih daripada RM1.00, tak payahlah beli. Sebelum kerajaan meletakkan harga kawalan, kita sendiri boleh boikot jika harga barang tersebut tidak turun. Kita minta kerajaan mengadakan harga siling yang dimulakan dengan air mineral ini," katanya lagi.

bernama.com

Usaha Boikot Itu Disaran Bagi Tempoh Tiga Bulan Bermula Semalam Dan Kajian Mengenainya Akan Dijalankan

“Tempoh boikot yang telah kami persetujui ialah selama tiga bulan dan kita akan kaji semula jika pihak syarikat atau peniaga mengemukakan maklumat atau fakta kepada pihak kami.

“Kami jangkakan dalam tempoh beberapa hari sahaja harga air mineral akan jatuh sekiranya masyarakat menyokong kempen ini. Kami juga akan uar-uarkan perkara ini dalam media sosial,” katanya.

Menurutnya, ada banyak jenama air mineral di bawah RM1 sebotol yang boleh dibeli masyarakat.

“Contohnya di pasar raya Tesco, air mineral pada saiz 500ml hanya berharga 49 sen sahaja sebotol,” kata Nadzim.

sinarharian.com.my

Sebelum Ini Juga, PPIM Pernah Memboikot Air Mineral Jenama 'Cactus' Yang Mempamerkan Gambar Tuhan Hindu. BACA SINI:

You may be interested in: