seismik

"Satu Hari Nanti Mungkin Gambar Saya Pun Anda Dapat Lihat" - Tun M Respon Isu Azmin

Kuat berseloroh PM kita ni.

Cover image via dnaindia.com

Sejak dua hari lalu, Malaysia dikejutkan dengan berita penyebaran video lucah yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

Image via wordpress.com

Seorang lelaki bernama Haziq Aziz menerusi Facebook tampil dan mengakui bahawa dialah individu bersama lelaki yang didakwa mirip Azmin itu.

Azmin bagaimanapun menafikan pembabitannya dalam video berkenaan sambil menganggap ia tuduhan jahat dan kejam.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir semalam berkata taktik kotor ini dilakukan oleh individu yang mempunyai agenda politik

Tun Dr Mahathir turut percaya bahawa pembabitan Azmin dalam perkara ini adalah tidak benar sama sekali.

“Saya tidak rasa ia benar dan kamu boleh menghasilkan gambar seumpama itu jika kamu bijak. Ia dilakukan oleh orang yang mempunyai agenda politik,” kata Tun M.

"Kotor sangat dah." - Tun M

Beliau juga berkata budaya seperti ini tidak patut ada dalam Malaysia.

“Ia diletakkan oleh seseorang dengan agenda politik lain. Semua dendam menjadi kotor kalau tak boleh lawan orang. Jika tidak boleh menang melawan seseorang, jangan buat kerja kotor seperti ini. Kena biar politik lebih bersih," katanya lagi.


Tun M turut sempat berseloroh dengan berkata bahawa satu hari nanti mungkin gambarnya pula tersebar, yang pasti akan menjadi lucu

Image via dnaindia.com

“Kalau begitu, setiap hari boleh tunjuk gambar lucah lah. Kamu kalah tapi nampak orang nak menang, kamu tunjuk gambar lucah.

"Satu hari nanti mungkin anda dapat melihat gambar saya pula... itu akan jadi sangat lucu," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca isu penuh di bawah:

You may be interested in: