seismik

Anda Masih Ingat Tak Macam Mana Meriahnya Hari Raya Masa Kecil-Kecil Dulu?

Hari Raya kanak-kanak zaman dulu memang berbeza dan ternyata lebih menyeronokkan! Di sini kami senaraikan 8 nostalgia Hari Raya yang semakin lama semakin pupus.

Cover image via redcili/flickr

1. Minta alamat sebab nak bagi kad raya

Dulu mana ada handphone. Kalau nak wish Hari Raya kat kawan-kawan memang kena pakai kad raya sahaja. Bila kat sekolah, masing-masing bertukar-tukar alamat rumah semata-mata nak kumpul kad raya. Siap ada yang berlawan siapa dapat kad raya paling banyak.

Proses nak membeli kad raya tu pun seronok. Macam-macam design ada untuk kita pilih. Ada yang kartun, ada yang bunga-bunga, ada yang warna-warni, sampai rambang mata dan tak tahu nak pilih yang mana satu. Bila dah beli kad raya, pergi beli setem pula, lepas tu rasa excited sangat masa nak pos.

Parasaan paling priceless bila kawan beritahu kad kita dah sampai. Yahoo seronoknya!

2. Lagu raya penuh syahdu menusuk kalbu

Perasan tak yang lagu raya zaman dulu-dulu memang menusuk jiwa malah orang cakap memang all time favourite dan masih enak didengar sehingga sekarang. Rasanya, sampai bila-bila pun lagu-lagu ini tak akan bosan untuk halwa telinga kita dengar.

Lagu-lagu zaman sekarang pulak, memang tak boleh lawan lagu-lagu zaman dulu. Sekarang ni lagu makin lama makin mengarut. Tema syahdu, klasik, dan tradisional dah semakin pupus. Artis-artis sekarang lebih suka buat lagu raya dengan tema moden, funky, catchy, hipster, rap, rock, dan banyak lagi yang jauh berbeza dengan zaman dulu.

3. Belajar anyam ketupat sampai give up

Bila tengok pada ketupat, kita pun mulalah tertanya-tanya macam mana nak buat. Melihatkan pada anyaman berbeit-belit macam tu memang rasa kagum sangat. Jadi kita pun mula belajar dengan mak atau nenek di kampung. Masa inilah kita mula kenal dengan bahan-bahan yang diperlukan untuk buat ketupat.

Mula-mula buat mesti fail. Tak jadi ketupat langsung. Buat lagi, fail lagi. Susah juga nak buat ketupat ni sebenarnya. Lepas dah beberapa kali gagal, akhirnya kita serahkan saja tugas menganyam ini kepada mak dan nenek.

4. Buat wajik, dodol, dan pelbagai kuih-muih tradisional

Proses membuat dodol.

Image via Zaidi Aziz/Facebook

Kalau ada kanak-kanak yang masih menghasilkan kuih raya tradisonal zaman sekarang ni, kami sangat salute! Zaman sekarang memang agak payah untuk kita temui budaya buat kuih raya dikalangan kanak-kanak. Malah, ramai anak-anak muda yang masih sukar mengenali jenis-jenis kuih raya tradisonal.

Tema kuih raya zaman sekarang juga banyak yang dah dimodenkan. Orang sekarang lebih suka buat cookies pelbagai perisa seperti biskut chocolate pretzel, biskut coco crunch, biskut oreo, biskut cream cheese, dan macam-macam lagi.

5. Perang meriam buluh

Bunyi macam bahaya, tapi memang inilah budaya kanak-kanak zaman dulu bila tibanya Aidilfitri, terutamanya yang tinggal di kawasan kampung. Bukan kanak-kanak saja, orang dewasa pun turut serta sekali. Perang meriam buluh ni selalunya bermula masa awal Ramadan lagi, lepas tu berlanjut sehingga ke Hari Raya.

Masing-masing tak nak mengalah dalam menghasilkan meriam buluh yang paling ganas! Lagi kuat bunyi, lagi hebat. Selalunya, perang ini akan diadakan diantara dua kampung yang terletak bersebelahan. Bila tiba malam perang, maka riuhlah satu kampung dengan bunyi dentuman demi dentuman yang dilepaskan daripada meriam buluh.

Jangan salah faham. Ini bukanlah perang betul macam zaman Perang Dunia Ke-2 tu. Kedua-dua kampung pun tidak bermusuh antara satu sama lain. Bahkan, tradisi meriam buluh ini lebih mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara mereka.

6. Pasang pelita di sekeliling halaman rumah

Nama pun Hari Raya, kenalah serikan sedikit kediaman dengan lampu-lampu. Kalau sekarang ada lampu lip lap, zaman dulu lebih sinonim dengan lampu pelita. Halaman rumah kampung yang besar mesti akan dikelilingi dengan lampu pelita di setiap penjuru dan laluan. Memang cantik!

Lampu pelita pun bukan dibeli. Tapi akan dibuat bersama-sama. Bekas dipotong dan dibentuk, minyak tanah dituang, sumbu diletak, dan kemudian bekas akan digantung atau diletakkan di atas pagar/tembok rumah. Meriah suasana raya dengan kehadiran lampu pelita di sekeliling kawasan rumah.

7. Pakai Baju Melayu klasik tradisional

Jubah Pahlawan.

Image via Farbel Exclusive/Facebook

Dulu senang, Baju Melayu lelaki ada dua jenis sahaja iaitu Baju Melayu Cekak Musang dan Baju Melayu Johor. Nak buat pilihan memang mudah. Corak pun tak kelam-kabut dan kebanyakannya hanya ada satu warna saja untuk sepasang. Warna mesti seragam from head to toe.

Tapi zaman sekarang, punyalah banyak jenis yang ada di pasaran. Ada cekak musang, ada johor, ada jubah, ada kurta, ada hipster, ada yang macam-macam warna, ada yang caca marba, ada yang tak ada lengan, ada yang corak bunga-bunga, ada yang macam kain pelikat, dan banyak lagi. Jadi, mana satu yang anda pilih?

8. Bermain di luar rumah dengan sepupu dan sanak saudara

Image via redcili/flickr

Mungkin kanak-kanak zaman sekarang lebih banyak menghabiskan masa dalam rumah bermain gadget dengan sepupu. Maklumlah, masing-masing dah ada smartphone, tablet, dan segala gadget yang jauh lebih canggih daripada orang bekerjaya

Berbeza dengan kanak-kanak zaman dulu, masa banyak dihabiskan di luar rumah. Antara aktiviti paling popular untuk dimainkan semestinya tarik upih, mandi sungai, panjat pokok, main mercun, dan bunga api.

Raya nanti, jangan lupa ambil gambar banyak-banyak. Bila dah besar, boleh buat gambar epik macam ni...

Untuk jadikan Hari Raya anda lebih bermakna, kongsikan gambar nostalgia raya melalui Peraduan Darlie ini dan berpeluang untuk memenangi wang tunai RM500 serta hadiah-hadiah menarik!

Langkah 1: Muat naik gambar lama Memori Raya anda sekeluarga di Instagram dan beritahu kenapa anda mahukan gambar keluarga yang baru.

Langkah 2: Jangan lupa untuk sertakan hashtag #MemoriRayaHotFM #Darlie dan @hotfm976 di ruangan caption. Pastikan akaun anda aktif dan tidak private.

Langkah 3: 3 penyertaan paling kreatif berpeluang memenangi duit raya bernilai RM500, pakej gambar keluarga bernilai RM2,000 serta hamper Darlie. Juga 10 hadiah sagu hati berupa RM250 dan hamper Darlie.

Sertai sekarang di www.hotfm.com.my. Semoga berjaya!

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Bercakap tentang Hari Raya...