seismik

Salman Khan Tampil Aksi Hero 'Hindustan' Sebenar Dalam Radhe: Your Most Wanted Bhai. Wow!

Hero pujaan ramai ini masih ‘berbisa’.

Cover image via Cinema Xpress

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Berita baik buat peminat filem Bollywood dan hero kegemaran ramai, Salman Khan kini kembali beraksi di layar perak dengan filem terbarunya berjudul Radhe: Your Most Wanted Bhai

Anda boleh menonton filem ini mulai 3 Jun di tonton CINEMA. Filem yang ditunggu-tunggu ramai peminat Bollywood ini dibawakan MSK Film Production Sdn Bhd dan KS Movie Sdn Bhd dengan kolaborasi Zee Studios.

Kehebatan Radhe dalam menyelesaikan kes jenayah dengan caranya sendiri membuatkan penjenayah berasa gerun

Kali ini, Salman Khan bukan saja menjadi hero dalam filem penuh aksi tetapi dia bertindak sebagai produser bersama Sohail Khan dan Atul Agnihotri. Diarahkan Raja Tari, ‘Prabhudeva’, peminat berpeluang melihat aksi Salman Khan bergandingan dengan aktres jelita, Disha Patani. Tidak ketinggalan, aktor Jackie Shroff dan Randeep Hooda turut memainkan peranan penting dalam filem ini.

Plot filem Radhe: Your Most Wanted Bhai mengisahkan bagaimana kes jenayah membabitkan sindiket dadah yang merosakkan golongan remaja terus meningkat di Mumbai, ditangani pegawai polis bernama Radhe lakonan Salman Khan. Dapatkan Salman Khan menangani kes ini dan menewaskan penjahat?

Radhe: Your Most Wanted Bhai akan mula disiarkan di tonton CINEMA pada 3 Jun 2021 serendah RM15 sahaja

Tonton trailer rasmi dan lagu tema:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: