seismik

Salman Khan Dijatuhkan Hukuman Penjara 5 Tahun Sebabkan Kematian Seorang Gelandangan

Nasib bintang 'Kuch Kuch Hota Hai' dan 'Bodyguard' itu akan ditentukan pada hari Jumaat ini.

Cover image via indiaspotnews.com

Pelakon Bollywood, Salman Khan kini menunggu keputusan mahkamah Bombay jika dia akan dipenjarakan selama 5 tahun diatas kesalahan menyebabkan kematian seorang gelandangan dalam kejadian langgar lari pada tahun 2002

Image via profit.ndtv.com

Kejadian yang berlaku 13 tahun lalu di Mumbai itu telah meragut nyawa seorang gelandangan yang dikenali sebagai Noor Ullah Khan, sementara empat orang lagi mengalami kecederaan yang teruk

Image via bbc.com/

Kereta Toyota Land Cruiser yang dipandu Salman melanggar sebuah kedai roti 'American Express' sebelum melanggar lima orang gelandangan tersebut di Bandra, barat Mumbai

Kereta yang dilaporkan dipandu oleh Salman Khan dalam kejadian langgar lari tersebut.

Image via rushlane.com

Pada Oktober 2002, Salman telah ditahan polis atas tuduhan tersebut namun dia kemudiannya dilepaskan dengan ikat jamin

Image via indiatvnews.com

Mac lalu, Salman menafikan tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan kematian seorang gelandangan dengan menyatakan bahawa kereta tersebut dipandu oleh pemandunya semasa kejadian itu berlaku

Image via bornrich.com

Walau bagaimanapun, hakim mahkamah Bombay tidak menerima ujahnya dan memutus untuk menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atasnya.

bbc.com

Salman Khan merupakan anak lelaki kepada pelakon dan penulis skrip, Salim Khan. Salman mula berlakon pada tahun 1988 di dalam filem bertajuk "Biwi Ho To Aisi"

Image via in.com

Walau bagaimanapun, namanya mula melonjak naik apabila dia memenangi Pelakon Lelaki Baru Terbaik dalam anugerah Filmfare bagi filem "Maine Pyar Kiya" pada tahun 1989

Image via piximggif.com

Salman Khan turut disenaraikan dalam 10 pelakon paling kaya dalam dunia dengan pendapatan bersih bernilai $200 juta, iaitu hanya kurang $15 juta daripada pelakon Will Smith tahun lalu

Image via top10for.com

Sehingga hari ini, Salman Khan masih lagi terkenal di kalangan peminat Bollywood di Malaysia melalui lakonannya dalam filem seperti 'Kuch Kuch Hota Hai', 'Har Dil Jo Pyar Karega' dan 'Chori Chori Chupke Chupke'

Image via imgarcade.com

Semalam, mahkamah Bombay membenarkan Salman diikat jamin selama dua hari selepas peguamnya memfailkan rayuan. Kes tersebut dilaporkan akan didengarkan semula Jumaat ini untuk menentukan nasib pelakon terkenal itu.

Image via bbc.com

Salah seorang pelakon wanita terkenal Bollywood, Kajol yang turut membintangi filem 'Kuch Kuch Hota Hai' telah datang ke Malaysia tahun lepas. BACA LEBIH LANJUT DI SINI:

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? 'LIKE' Facebook SAYS SEISMIK serta 'follow' kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: