Rumah Terbuka Raya Mekdi Happening Gila! Semarakkan Kegembiraan Bersama Rakyat Malaysia
Jom serbu dan meriahkan lagi Rumah Terbuka Raya Mekdi!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Artikel ini ditaja oleh McDonald's Malaysia.
Sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri kali ini, McDonald's Malaysia buat julung-julung kalinya menganjurkan Rumah Terbuka Raya Mekdi khas buat rakyat Malaysia
Penganjuran rumah terbuka ini dimulakan dengan sambutan yang begitu meriah di McDonald’s Pantai Sentral Park, Kuala Lumpur pada 11 April.
Sambutan ini akan terus dibawakan ke lokasi seterusnya di McDonald’s Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur (12 April), McDonald’s Indera Mahkota, Pahang (18 April), McDonald’s Bandar Baru Uda, Johor (19 April) dan McDonald’s Tabuan Jaya, Sarawak (26 April).
Menurut Dato’ Haji Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Hari Raya Aidilfitri adalah waktu untuk merapatkan hubungan dan silaturrahim.
"McDonald’s Malaysia amat berterima kasih atas sokongan yang berterusan daripada rakyat Malaysia selama ini. Menerusi Rumah Terbuka Raya Mekdi, kami ingin meraikan Hari Raya bersama komuniti di mana kami beroperasi dengan penuh kemeriahan.
"Ini adalah cara kami memberi penghargaan kepada pelanggan kami dan mencerminkan nilai kebersamaan serta saling menghargai yang menjadi teras musim perayaan ini," katanya.
1,500 set McDonald’s Foldover Ayam dihidangkan secara percuma kepada para tetamu yang hadir
Sebagai tanda penghargaan daripada McDonald’s Malaysia kepada komuniti setempat, 1,500 set McDonald’s Foldover Ayam diberikan secara percuma di setiap lokasi menambahkan lagi keceriaan kepada para tetamu yang hadir.
Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan untuk para pengunjung sertai dan mereka berpeluang membawa pulang hadiah percuma menarik daripada Mcdonald's Malaysia.
Aktiviti tersebut dibahagikan kepada tiga kategori iaitu di Zon Kreatif, Zon Permainan Moden dan Zon Permainan Tradisional, membawa semula kenangan dan nostalgia hari raya Aidilfitri bersama keluarga!
Sambutan rumah terbuka turut meraikan anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Darul Sakinah
Sebagai sebahagian daripada komitmennya terhadap inisiatif kemasyarakatan, McDonald’s Malaysia turut bekerjasama bersama badan kebajikan pilihannya, Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia).
Anak-anak yatim daripada Pusat Jagaan Darul Sakinah telah dijemput untuk turut serta memeriahkan majlis rumah terbuka ini di mana mereka diraikan dengan juadah istimewa dan pelbagai permainan yang menyeronokkan.
Rumah Terbuka Raya Mekdi diserikan lagi dengan persembahan-persembahan menarik dan penampilan khas daripada artis-artis popular
Buat para pengunjung yang datang ke Rumah Terbuka Raya Mekdi, anda juga akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik daripada penggiat seni tempatan.
Dari persembahan tradisional sehinggalah penampilan-penampilan istimewa dari artis popular tanah air, pengunjung dapat menikmati kemeriahan Hari Raya Aidilfitri yang memang lain daripada yang lain!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!