seismik

Rumah Musnah Akibat Letupan Gas Di Putra Heights, Tapi Bilik Solat Masih Kekal Sempurna

Difahamkan, rumah itu mempunyai enam bilik termasuk bilik solat berkenaan.

Cover image via @najwanhalimi (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang umum tahu, Malaysia baru-baru ini dikejutkan dengan letupan paip gas di Putra Heights yang mengakibatkan banyak rumah dan barangan di kawasan berkenaan rosak teruk

Kejadian yang berlaku pada hari kedua Aidilfitri ternyata mengejutkan ramai sehingga boleh digambarkan keadaan di situ seperti di 'medan perang'.

Kawasan perumahan diselubungi debu, pokok dan rumput hangus terbakar serta kenderaan yang musnah seperti dijilat api.

Namun, tular sebuah video baru-baru ini memaparkan sebuah rumah yang rosak teruk tetapi bilik solat masih kekal sempurna.

Rumah musnah tapi bilik solat masih sempurna

Menerusi video di akaun Tik Tok @najwanhalimi, kelihatan Exco Pengurusan Bencana Selangor, Mohd Najwan Halimi sedang berada di sebuah rumah yang rosak teruk akibat daripada insiden letupan paip gas berkenaan.

Beliau menunjukkan keadaan rumah itu yang habis musnah. Namun, apa yang mengejutkan ramai adalah bilik solat di rumah itu yang dilihat masih dalam keadaan sempurna.

Menerusi laporan Harian Metro, Ahmad Baharudin Hamid, iaitu tuan rumah terbabit memberitahu dia hanya menyedari mengenai keadaan bilik solat itu apabila melakukan pemeriksaan bagi penilaian kerosakan di rumahnya, dua hari selepas kejadian.

"Berdasarkan kerosakan, rumah saya dikategorikan sebagai musnah sepenuhnya apabila bumbung dan wayar rosak. Malah, ruang tamu saya dipenuhi debu apabila kesemua perabot menjadi abu.

"Namun bila saya periksa bilik solat, saya dapati tiada kerosakan seperti di bilik-bilik lain dengan barangan seperti sejadah, telekung dan al-Quran masih dalam keadaan baik.

"Syukur kepada Allah apabila melihat bilik solat di rumah saya masih dalam keadaan sempurna," katanya.

Difahamkan,  rumah di Kampung Kuala Sungai Baru itu yang didiami mereka sekeluarga sejak lima tahun lalu mempunyai enam bilik termasuk bilik solat berkenaan. 

Lihat video di bawah:

@najwanhalimi KEADAAN RUMAH MANGSA KEBAKARAN DI PUTRA HEIGHTS— BILIK SOLAT TAK TERBAKAR! Salah satu rumah yang terjejas teruk… tapi bilik solat masih dalam keadaan baik. Di sebalik musibah, ada tanda kekuasaan-Nya. Semoga mangsa diberi ketabahan dan dipermudahkan segala urusan pemulihan. Insya-Allah, kami akan bantu sebaik mungkin. @SelangorTV #kitaselangor #kitaselangormajubersama #putraheights #putraheight #putraheightscommunity #kebakaranrumah original sound - Najwan Halimi

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: