seismik

Rumah Jenis Apa Yang Anda Boleh Beli Dengan RM285,000 Di Sekitar Lembah Klang?

Sudah tiba masa untuk mengambil kesempatan terhadap skim perumahan mampu milik.

Cover image via PropSocial

Harga rumah yang kian meningkat menjadi salah satu cabaran utama bagi golongan bekerjaya untuk memilikinya masa kini

Membeli rumah pada zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini tampak begitu mustahil dan sukar. Dengan harga rumah yang kebanyakannya tidak masuk akal, seseorang belum tentu mampu untuk memiliki seunit rumah walaupun setelah bertahun-tahun bekerja.

Image via tumblr.com

Bagi yang tinggal di Lembah Klang, rumah jenis apa yang boleh anda miliki pada harga RM285,000?

1. Alam Damai, Cheras

Alam Damai telah terbukti sebagai sebuah bandar popular di Cheras. Kedudukannya yang berhampiran Kuala Lumpur, dan tahap ketersampaian tinggi melalui beberapa lebuh raya utama telah memberi manfaat kepada Alam Damai untuk menjadi kawasan perumahan yang terancang dan strategik.

Image via iProperty

Harga bagi sebuah rumah di Alam Damai kebanyakannya berada dalam kategori kluster melebihi RM350,000, seperti contoh perumahan di Damai Jasa, Damai Murni, Damai Rasa, Damai Bakti, dan Damai Citra. Perumahan ini dibangunkan dengan konsep teres moden bersaiz sederhana. Kawasan ini juga mempunyai kawalan sekuriti 24 jam.

Damai Jasa.

Image via PropSocial

Persoalannya, rumah jenis apa yang orang boleh beli dengan bajet RM285,000 di Alam Damai?

Tidak banyak. Kebanyakan rumah di bawah harga RM285,000 hanyalah rumah jenis flat atau apartment dengan keluasan yang amat kecil, iaitu tidak melebihi 1,000 kaki persegi. Kemudahan yang disediakan di rumah-rumah ini juga tidak banyak. Boleh kata, flat atau apartment yang dijual semuanya sudah terbina selama bertahun-tahun.

Image via Mudah

Jika dibandingkan dengan projek perumahan baru, sememangnya ia amat jauh ketinggalan dari segi kemudahan dan kemodenan seni bina bangunan.

Projek-projek baru sekarang dibina dengan wawasan untuk membentuk gaya hidup yang harmoni di mana penghuni boleh berkumpul dan berinteraksi melalui ruang rekreasi, kemudahan, dan kelengkapan yang dirancang.

Sebagai contoh, PR1MA di Alam Damai.

Rumah PR1MA Alam Damai.

Image via PR1MA

Dijual pada harga daripada RM243,000, penduduk di sini boleh menikmati pelbagai kemudahan serba lengkap yang disediakan seperti:
- Tempat parking kereta
- Kawalan sekuriti 24 jam
- Kolam renang
- Garden in the sky
- Taman permainan
- Taska / Tadika
- Pusat jagaan kanak-kanak
- Dewan komuniti
- Surau

Rumah ini dibuka pada keluasan 1,048 kaki persegi serta dilengkapi dengan 3 bilik dan 2 bilik air, cukup untuk didiami seisi keluarga.

Image via PR1MA

2. Bukit Jalil

Bukit Jalil mula membangun dengan pesat sejak kewujudan Kompleks Sukan Negara untuk Sukan Komanwel pada tahun 1998. Setelah lebih 20 tahun dibangunkan, Bukit Jalil kini menjadi hub penduduk dan antara kawasan pilihan utama untuk mencari kediaman sekeluarga. Lokasinya yang tidak jauh dari Bandaraya Kuala Lumpur menjadikannya sangat popular dan pesat membangun.

Image via mole.my

Adakah harga sebuah rumah di sini murah berbanding tempat lain? Tidak juga. Untuk dapatkan gambaran yang lebih jelas, sila rujuk pada gambar di bawah:

Image via Property Guru

Boleh kata, harga bagi satu unit hartanah di mana-mana lokasi di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur memang agak mahal dan biasanya melebihi RM430,000. Anda juga boleh lihat kebanyakannya adalah rumah jenis lifestyle condominium yang agak mewah dengan kemudahan moden yang serba lengkap.

Z Residence, Bukit Jalil.

Image via Puchong Condo

Bagaimana pula rumah pada harga RM285,000?

Sama seperti di Alam Damai, rumah di bawah tanda harga RM300,000 kebanyakannya hanyalah rumah jenis flat atau apartment di Bukit Jalil. Keluasan tidak sampai 700 kaki persegi dan rumah-rumah ini adalah projek lama yang telah lapuk dan tidak diselenggara dengan baik.

Image via Property Guru

Sekarang kita lihat pula pada PR1MA di Bukit Jalil.

Dengan bajet serendah RM267,000, warga kota kini boleh memiliki kediaman jenis apartment moden yang dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan, serta lengkap dengan kemudahan serba baru.

Antaranya kolam renang, sky garden, surau, dewan komuniti, kawalan sekuriti 24 jam dan banyak lagi.

Berbaloi bukan?

Rumah PR1MA Bukit Jalil.

Image via PR1MA
Image via PR1MA

3. Brickfields

Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Brickfields telah menjadi kawasan tumpuan penduduk sejak dari dulu lagi. Dengan kewujudan 'Little India' dan pelbagai lagi kemudahan seperti tren, pusat beli belah, dan lebuh raya, kepadatan penduduk di kawasan sekitar Brickfields sememangnya berada pada tahap tinggi.

Image via IRIM

Kebanyakan projek perumahan di sini adalah jenis flat, apartment, dan kondominium. Rumah teres pula tidak banyak didirikan disebabkan kawasan tanah yang terhad.

Jadi, dengan bajet RM285,000, rumah jenis apa yang boleh dibeli?

Tidak banyak. Hasil carian mendapati agak sukar untuk menemui rumah berharga RM285,000 dan ke bawah di Brickfields. Lokasinya di tengah bandar menjadikan harga rumah di sini agak melambung tinggi jika dibandingkan dengan tempat lain.

Image via iProperty

Tidak banyak yang boleh ditemui.

Image via Property Guru

Brickfields dan kawasan sekitar juga dipenuhi dengan pembangunan kondominium mewah yang mungkin hanya mampu dibeli oleh golongan atasan. Seperti biasa, projek kondominium moden yang dibangunkan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan menawarkan gaya hidup yang berkualiti tinggi.

Suasana Sentral Loft, Brickfields, Kuala Lumpur.

Image via Sentral Loft

Untuk projek perumahan baru yang mampu milik, anda boleh jadikan PR1MA di Brickfields sebagai salah satu pilihan terbaik untuk masa depan.

Kediaman jenis apartment ini dijual bermula pada harga RM284,000. Bukan sekadar rumah yang selesa, apartment ini turut menyediakan kemudahan lain seperti:
- Kawalan sekuriti 24 jam
- Kolam renang
- Taman permainan
- Taska / Tadika
- Dewan komuniti
- Surau
- Kedai

Kediaman ini juga mempunyai tahap ketersampaian tinggi kerana lokasinya yang berhampiran dengan 4 jalan raya utama iaitu:

1. New Pantai Expressway (NPE)
2. Jalan Bangsar
3. Jalan Tun Sambanthan
4. Jalan Syed Putra

Rumah PR1MA Brickfields.

Image via PR1MA
Image via PR1MA

4. Kajang

Kajang yang terletak kira-kira 23 kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah kawasan penempatan yang agak padat. Sehingga kini, Kajang masih dibangunkan dengan pelbagai projek perumahan yang ditawarkan pada harga yang agak berpatutan, bergantung pada jenis rumah.

Image via KL Shopper

Bagi sesiapa yang ingin membeli rumah teres atau rumah atas tanah, Kajang mungkin boleh jadi pilihan terbaik. Kawasan tanahnya yang luas menjadikan projek perumahan di sini tidak terhad hanya kepada flat, apartment, dan kondominium, malah rumah teres turut pesat dibangunkan.

Keluasan rumah di sini juga agak memuaskan. Seperti contoh pada gambar di bawah, anda boleh lihat sendiri betapa luasnya bukaan rumah teres di Taman Sutera Kajang 2.

Rumah Teres 2 tingkat, Taman Sutera Kajang 2.

Image via Hartanah Wow

Namun begitu, harga yang ditawarkan bagi kebanyakan rumah teres semuanya melebihi paras RM500,000, terutamanya kawasan perumahan baru. Nak cari yang bawah RM300,000 memang susah. Mungkin ada, tetapi rumah yang dijual adalah jenis perumahan lama dan agak lapuk.

Image via iProperty

Dengan RM285,000, apa yang boleh anda dapat?

Seperti yang dijangka, hanya rumah jenis flat, apartment, dan kondominium sahaja yang banyak ditemui. Tetapi, rumah-rumah ini mungkin tidak menyediakan kemudahan berkualiti dan lengkap, berbeza sekali jika dibandingkan dengan projek perumahan baru yang moden.

Image via Prop Wall

Walaubagaimanapun, inisiatif kerajaan membangunkan PR1MA di Bandar Bukit Mahkota, Kajang tampak mampu memberi peluang kepada orang ramai untuk memiliki rumah baru pada harga rendah, bermula daripada RM288,000.

Dengan harga berpatutan, projek perumahan baru dan moden, kemudahan lengkap, dan keluasan optimum untuk seisi keluarga, ternyata rumah PR1MA merupakan satu pelaburan baik yang tidak boleh dilepaskan.

Projek PR1MA Bandar Bukit Mahkota.

Image via PR1MA

Antara ciri-ciri utama yang terdapat pada Projek PR1MA Bandar Bukit Mahkota ialah:
- Kawalan sekuriti 24 jam
- Gelanggang futsal
- Gelanggang Serbaguna
- Taman Permainan Kanak-kanak
- Kemudahan Rekreasi untuk Warga Emas
- Surau
- Tadika

Image via PR1MA

5. Cyberjaya

Cyberjaya terletak kira-kira 32 kilometer dari Bandaraya Kuala Lumpur. Bagi sesiapa yang sukakan ketenangan dan kediaman yang jauh dari hiruk-pikuk kota, Cyberjaya boleh dijadikan pilihan. Walaupun sedikit jauh, bandar ini semakin lama semakin mendapat perhatian dengan kewujudan institusi pengajian tinggi, dan pembangunan pesat dalam sektor perumahan, makanan, hiburan, dan rekreasi.

Kawasan ini juga mempunyai potensi besar untuk menjadi bandar terancang dengan kemudahan moden lengkap pada masa depan kerana mempunyai tanah yang luas, yang boleh dibangunkan satu per satu secara teratur dan kemas.

Sekarang, mari tinjau rumah jenis apa yang boleh dibeli pada harga RM285,000 dan ke bawah.

Image via Prop Wall

Menurut gambar di atas, hanya apartment jenis studio sahaja yang boleh dimiliki dengan harga berkenaan. Kebanyakannya di bawah keluasan 600 kaki persegi. Hasil carian di laman web hartanah yang lain turut mengeluarkan results yang hampir serupa.

Tidak banyak pilihan rumah yang boleh dicari di Cyberjaya dengan harga sebegitu selain studio apartment. Jika lihat pada keluasan, rumah jenis ini tidak sesuai untuk didiami seisi keluarga.

Cybersquare Cyberjaya.

Image via PropSocial

Tetapi, berbeza bila dibandingkan dengan PR1MA di Lakefront @ Cyberjaya. Rumah jenis kondominium tepi tasik ini dijual bermula daripada RM280,000 sahaja. Boleh dikatakan, tidak ada satu pun projek perumahan tepi tasik lain yang diletakkan pada harga yang sangat rendah dan mampu milik.

PR1MA Lakefront @ Cyberjaya.

Image via PR1MA

Sebut sahaja rumah PR1MA, infrastruktur yang disediakan untuk penduduk semestinya serba lengkap. PR1MA juga menjanjikan gaya hidup berkualiti, moden, dan kontemporari yang sesuai dengan peredaran zaman.

Image via PR1MA

Cadangan kemudahan bagi rumah PR1MA ini adalah:
- Surau
- Dewan serbaguna
- Pusat jagaan bayi
- Tadika
- Kolam renang
- Gelanggang futsal dan separuh gelanggang bola keranjang
- Gym terbuka

Lokasi & Akses Mudah:
1. NKVE (Exit Putrajaya)
2. Lebuhraya ELITE
3. SKVE
4. LDP, Besraya & Pintasan Dengkil

Memang berbaloi untuk dijadikan kediaman keluarga.

Image via PR1MA

Sudah tiba masanya untuk penduduk di Lembah Klang mengambil kesempatan memilih kediaman PR1MA yang sedang rancak dibina di pelbagai lokasi

Harga yang ditawarkan adalah dalam lingkungan RM100,000 ke RM400,000, selaras dengan usaha kerajaan untuk menyediakan perumahan dengan harga yang berpatutan.

Untuk layak menjadi pemohon, anda perlu:
- Seorang warganegara Malaysia berumur 21 tahun atau lebih
- Mempunyai pendapatan individu atau gabungan isi rumah sebanyak RM2,500 - RM15,000 sebulan
- Memiliki tidak lebih daripada 1 hartanah antara anda dan pasangan anda (jika ada)

Maklumat lanjut sila layari laman web www.pr1ma.my.

Projek-projek PR1MA lain yang sedang dibangunkan.

Image via PR1MA

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Juga di SAYS: