seismik

"Rukuk Terus Dia" - Cuaca Panas Sangat, Individu Ini Kongsi Lilin Hiasan Habis Cair

Panas betul ni.

Cover image via @wanpico_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti yang kita semua tahu, Malaysia sekarang mengalami mengalami cuaca panas sehingga mencecah antara 35 dan 37 darjah celsius

Sudah itu perkara ini amat membimbangkan dan kita semua dinasihatkan agar tidak melakukan banyak aktiviti di luar. Hal ini kerana ia boleh menyebabkan kita terkena strok haba.

Macam-macam cara dan tips yang dikongsikan di media sosial untuk menyejukkan persekitaran di dalam rumah.

Namun, lain pula dengan video ini apabila seorang lelaki berkongsi lilin hiasan di rumahnya yang cair akibat cuaca panas telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Panas sangat sampai lilin pun cair

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan menunjukkan sebuah lilin hiasan yang diletakkan di dalam rumahnya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah dia berkongsi bentuk lilinnya itu yang dilihat cair sehingga membengkok ke bawah akibat cuaca panas.

"Hampa boleh tengok sendiri cuaca panas ke tak nak panas, ni lilin hiasan aku dia sampai rukuk, sujud semua dah," katanya.

"Rukuk and sujud dah. Nasib tak bagi salam je" - Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 438.7K views, 46.8K likes dan 1,629 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Memang panas betul cuaca di Malaysia sekarang ini! :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: