Rossa Kembali Lagi Dengan Konsert 'Here I Am', Bakal Gegar Axiata Arena 14 Jun Ini
Konsert Rossa 'Here I Am' bakal menampilkan kolaborasi empat penyanyi hebat tanah air dan negara jiran.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa kembali menggegarkan Kuala Lumpur menerusi konsert terbarunya, Here I Am yang bakal berlangsung 14 Jun depan di Axiata Arena, Bukit Jalil
Selepas kejayaan jelajah antarabangsa dua tahun berturut-turut untuk Rossa 25 Shining Years (2022) dan Another Journey: The Beginning (2023) dengan kehadiran penonton melebihi 80 ribu orang, ratu pop Indonesia itu kini tampil dengan sesuatu yang lebih segar bersama kolaborasi empat penyanyi hebat tanah air dan negara jiran.
Menurut Rossa, konsert tersebut juga menjadi manifestasi kekaguman dan penghargaannya terhadap bakat seni serumpun apabila turut mengundang rakan senegara dan penyanyi dari Malaysia untuk bersama-sama beraksi pada malam bersejarah itu nanti.
"Kesediaan penyanyi seperti Ariel Noah dan juga pemuzik terkenal Indonesia, Dipha Barus serta bakat hebat dari Malaysia seperti Ernie Zakri dan MK K-Clique untuk turut bersama-sama dalam konsert ini pastinya bakal memberikan pengalaman yang mengujakan.
"Konsert itu dinamakan ‘Here I Am’ kerana menggambarkan perjalanan kerjaya saya yang telah membawa saya sejauh ini, menjadikan siapa diri saya pada hari ini, berapa banyak album termasuk lagu hits dihasilkan, penghargaan serta anugerah yang diterima, termasuk konsert-konsert solo saya," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin yang sinonim dengan penganjuran konsert berskala besar berkata penganjuran konsert itu sebagai kesinambungan kerjasama kebajikan antara pihkanya dan pihak Rossa sejak tahun 2012.
"Saya bersyukur kerana Rossa sentiasa prihatin dengan aktiviti kebajikan di Malaysia dan sentiasa bekerjasama untuk penganjuran konsert yang bukan bersifat komersial semata-mata," katanya.
Untuk rekod, konsert tersebut dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama promosi dan pemasaran dari Sah Entertainment turut mendapat sokongan dari USANITA Entertainment sebagai penaja utama.
Kemudian, Maybank sebagai Rakan Strategik Perbankan, Sunway Putra Hotel sebagai Rakan Strategik Penginapan dan Saloma Kuala Lumpur sebagai penaja bersama untuk membawa sebuah persembahan yang luar biasa kepada pecinta Rossa di Kuala Lumpur, Malaysia.
Harga tiket bermula dari harga RM228 untuk kategori Festival hingga RM788 bagi kategori Diamond Center
Dalam pada itu, PRIHATIN mengalu-alukan pihak korporat dan orang perseorangan untuk membeli tiket Royale, First Class dan Executive seterusnya memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dalam bidang pendidikan melalui konsep ‘Berhibur Sambil Beramal’.
Untuk makluman, harga bermula dari harga RM228 untuk kategori Festival hingga RM788 bagi kategori Diamond Center tidak termasuk cukai dan yuran pentadbiran.
Pemegang kad Maybank mempunyai kelebihan diskaun bagi pembelian tiket dengan diskaun 8 peratus bagi kad kredit dan 5 peratus bagi pemegang kad debit.
Tiket boleh dibeli di platform www.ticket2u.com untuk pembelian secara online dan tiket korporat boleh berhubung terus dengan Puan Cik Rohaiza di talian 019-288 9764 atau email [email protected].
Sebagai rekod, konsert ‘Here I Am’ Rossa ini akan diadakan di tiga buah negara iaitu di Indonesia, Malaysia dan Singapura.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!