seismik

Risau Bagasi Lebih 7kg? Sini Kami Ajar 10 Cara Untuk 'Travel Light' Dan Ringankan Beg

Dengan sedikit 'tweak', beg pun jadi ringan.

Cover image via TSG #KasiJadi

Ya ampun! Kecoh betul orang ramai bila AirAsia announced polisi bagasi 7kg.

Sebenarnya, AirAsia dah perkenalkan polisi ini sejak beberapa tahun lalu. Kalau tak silap kami, dua tahun lepas kot. Lepas tu, bukan AirAsia je yang implement undang-undang ni. Korang naiklah apa-apa airlines pun kat luar sana, semuanya pakai polisi yang sama.

Nak tahu lebih lanjut, boleh baca kat sini.

Jadi, kenapa nak complain?

Image via magvm.com

Itulah, bila AirAsia buat tak kisah, korang ambil kesempatan. Ada ke patut beg besar gedabak sampai 80 liter pun pergi bawak masuk dalam kapal terbang. Mana boleh!

So, bila dah makin ramai yang tak ada courtesy sumbat beg besar-besar, AirAsia mula menghidu behaviour yang tak bermoral ini dan mula memperketat lagi sekuriti dan menguatkuasa lagi polisi.

Lepas ni, say no more to huge luggage in the cabin. Kalau nak jugak bawak beg besar, sila check-in beg ya. Jadilah penumpang yang bertanggungjawab.

Complain pung pang sana sini bukan boleh selesai masalah pun, ye dok?

Okay, enough with that. Sekarang ni, ramai orang rasa 7kg tu macam sikit sangat dan tak tahu macam mana nak pack light for flight.

Image via giphy.com

Untuk melegakan sedikit kerunsingan yang bermain di minda anda semua, kami dari TSG #KasiJadi rasa terpanggil untuk membantu. Jangan salah anggap, kami ni bukannya expert pun dalam bidang traveling. Ilmu tu ada lah sikit-sikit tapi tak cukup imba lagilah. Hehe.

Apa-apa pun, kami kat sini nak share sikit 10 cara untuk pack light bagi memastikan beg korang ringan dan tak lebih 7kg. Senarainya ada di bawah:

1. Make sure benda alah ni ada masa packing: digital luggage scale atau penimbang berat beg

Beg 26.5kg confirm tak lepas.

Image via ThisIsWhyImBroke

Alat ini sememangnya tidak membantu meringankan beg pun. Cuma, bila dah ada, bolehlah korang timbang berat beg korang tu lepas dah packing. Kalau lebih 7kg, kurangkan barang. Kalau kurang 7kg, boleh sumbat lagi barang.

Bukan apa, kan lebih mudah urusan kita kalau kita dah siap-siap timbang beg dulu sebelum bergerak ke airport. Takkan dah sampai airport baru sibuk nak timbang. Nanti kelam kabut pulak nak kena punggah beg, semata-mata untuk pastikan berat beg tidak melebihi 7kg.

Seriously, leceh gila kalau jadi macam tu. Jadi, belilah satu digital luggage scale ya.

2. Tak ada travel towel? Pergi dapatkan satu.

Image via thither.com

Daripada gambar di atas, korang boleh tengok sendiri betapa bezanya saiz tuala biasa dan 'tuala melancong'. Tuala selalunya akan jadi benda yang paling banyak makan space dalam beg. Sekali dah taruk tuala, terus makan 1/3 ruangan.

Travel towel ni memang banyak membantu. Dah lah kecil, ringan pulak tu. Lagi best, fabrik mikrofiber pada travel towel ni mempunyai kuasa serapan air yang sangat baik. Senang kata, lepas korang mandi, tak ada masalah langsung kalau nak lap badan sampai kering.

It works so effortlessly!

Travel towel ni boleh korang dapatkan di kedai sukan seperti Decathlon dan Sports Direct.

3. Toiletries tu tak payahlah bawak banyak-banyak

Image via tutzone.org

Dah nama pun travel, bawak yang penting jelah. Antaranya:

1. Sabun mandi
2. Shampoo
3. Pencuci muka
4. Berus gigi
5. Ubat gigi
6. Sunblock
7. Perfume mini
8. Make up
9. Shaver (optional)

Ya, nampak macam banyak. Ada 9 benda semuanya.

Tapi, korang kena tahu kastam tak benarkan item-item ini dibawa masuk sekiranya sukatan setiap satu melebihi 100ml. Kalau sukatan dalam gram pulak, ada yang cakap mesti kurang daripada 100g. Tapi kami tak berapa sure pulak pasal ni. Yang penting, bawah 100ml itu pasti!

Apa yang korang boleh buat? Kenalah sediakan tube kecil untuk letak sabun, shampoo bagai semua tu, kemudian masukkan dalam satu bekas kecil. Senang, semua benda kat satu tempat je.

Kan dah jimat space tu.

Tiub-tiub dan bekas kecil ni semuanya korang boleh beli kat Daiso.

Ini contohnya. Memang jimat ruang dan ringan!

Image via Beautyholics Anonymous

4. Bawak backpack dan elak guna beg tarik bertayar

Image via TSG #KasiJadi

Yang ni simple. Sudah terang lagi bersuluh yang beg tarik ni lebih berat daripada backpack. Belum packing pun dah berat apatah lagi kalau penuh dengan barang-barang. Beg sahaja dah almost 3kg. Itu yang saiz sederhana. Yang besar lagilah berat.

So, elakkan.

Bawak backpack lagi bagus. Lebih ringan dan lebih senang nak move around terutamanya bila kat escalator ataupun tangga, dan juga bila berjalan kat permukaan yang tak rata. Nak naik bukit, naik gunung pun tak ada masalah. Barulah backpacker!

Disarankan juga agar korang dapatkan beg bersaiz 30 liter atau maksimum 40 liter kalau nak bawak masuk dalam kapal terbang. Kalau lebih daripada tu, takut tak lepas.

5. Baju kena gulung, bukan lipat

Image via imove.com

Space dah lah tak banyak dan kalau boleh nak jimat. Macam mana? Baju-baju dan seluar-seluar yang korang nak bawak tu kenalah gulung dan jangan lipat. Percayalah, ini salah satu tip yang paling common dipakai oleh mana-mana backpacker dan traveler dari seluruh dunia.

Bukan sahaja jimat space, proses menggulung tu selalunya lebih cepat daripada melipat. Gulung juga akan menjadikan backpack nampak lebih kemas dan teratur. Kalau bercakap soal baju renyuk pulak, rasanya dua-dua pun macam lebih kurang sama je. Hehe.

Tapi takpe, selalunya hotel akan provide seterika untuk korang gosok baju. Kadang-kadang ada hotel yang tak sediakan dalam bilik, tapi korang kena mintak kat reception counter.

Eh, dah terpesong cakap pasal baju renyuk pulak. Nasihat kami, kalau nak jimat space dan bawak banyak baju, sila gulung!

6. Plan sebelum mula packing dan jangan buat last minute

Ini serius penting!

Ok, sebelum korang pack, senaraikan balik korang punya aktiviti sewaktu travel nanti. Contohnya kalau pergi Phuket, korang kena tentukan apa jenis aktiviti yang korang akan buat pada hari pertama sampai ke hari terakhir. Seperti contoh:

Phuket day 1: Sampai hotel, santai kat Patong Beach, makan malam, jalan-jalan sekitar Patong

Phuket day 2: Island hopping di Phi Phi Island sampai petang (ada snorkeling), malam santai-santai je

Phuket day 3: Island hopping ke James Bond Island sampai petang (tak ada snorkeling), malam pergi makan Thai seafood

Phuket day 4: Shopping di Premium Outlet Phuket, layan sunset di Promthep Cape, malam last shopping di Patong

Phuket day 5: Pulang ke tanah air dengan hati gembira dan poket yang sedikit lara

Yes, kena senaraikan semua, lepas tu korang kena bayangkan gambar-gambar yang korang akan ambil dan upload ke social media nanti supaya nak nampak cantik.

Contohnya, kalau ada aktiviti masuk hutan, elakkan pakai baju hijau. Sebab nanti ambil gambar langsung tak nampak orang, nampak hijaaauuuu je. So, pakailah baju merah. Barulah gambar cantik! Ehem!

Bila dah ada semua ni, barulah boleh plan nak pakai baju apa untuk aktiviti apa dan pada hari apa. Yang penting, jangan buat last minute!

Nak packing kena bertenang.

Nak lagi padu, buat macam ni. Setiap hari ada satu gulungan pakaian khas untuk korang pakai. Tak payah pening-pening nak decide kemudian.

Image via pinimg.com

7. Pakai pakaian paling berat masa naik kapal terbang

Image via inquirer.net

Dah tahu berat, tak payahlah masuk beg.

Masa pergi airport dan nak naik flight, pakai baju yang selesa dan kemas (baju kolar boleh, kemeja pun boleh), pakai jaket tebal sikit untuk tahan sejuk, seluar jeans, stokin tebal, kasut jalan yang selesa (preferably kasut jogging sebab ada banyak span dan cushion yang tak menyakitkan kaki), dan topi.

Kalau nak bawak neck pillow untuk keselesaan di bahagian tengkuk, boleh gantung terus kat leher tu. Kalau nak masuk beg jugak, beli yang inflatable supaya boleh lipat dan tak makan space.

Ingat, apa-apa yang masuk beg mestilah ringan dan mampu menjimatkan ruang bagasi.

8. Recommended clothing during travel: Dri-Fit

Image via byathletes.com

Baju Dri-Fit memang ringan guys. Inilah baju yang orang pakai buat bersukan atau dalam erti kata lain, baju jersi. Kalau tak silap, dalam setiap trip yang kami pergi, mesti kami akan bawak banyak baju Dri-Fit. Terutamanya bila trip tu memerlukan kami untuk melakukan aktiviti lasak (which we do all the time).

Kami suka baju Dri-Fit ni sebab:

1. Ringan
2. Tak banyak makan space
3. Senang basuh
4. Cepat kering
5. Sesuai untuk buat aktiviti
6. Bentuknya kekal
7. Renyuk sikit je

Disebabkan sekarang ni dah jarang bersukan, jadi bila je nak pakai baju Dri-Fit, kan? Masa travel lah nak pakai!

Ini dia kami pakai baju Dri-Fit khas TSG #KasiJadi di Bohey Dulang, Sabah.

Image via TSG #KasiJadi

9. Bawak baju 'transformers'

Hihi. Bukan baju budak-budak yang ada gambar Optimus Prime tu yang kami maksudkan. Baju 'transformers' ni bermaksud baju atau jaket atau sweater atau seluar atau apa sahaja jenis pakaian yang boleh 'dikecilkan' atau packable. Sebijik macam Transformers yang boleh bertukar daripada kereta kecil menjadi sebuah robot gergasi berkuasa tinggi!

Selalunya, pakaian sebegini sememangnya ringan dan direka khas untuk travel. Selain itu, sifatnya yang packable ini sangatlah awesome sebab dapat jimat space yang banyak untuk diletakkan dalam beg.

Paling popular tentunya UNIQLO Down Jacket yang berharga RM200++.

UNIQLO down jacket yang diperagakan oleh Carmen Soo dan Fahrin Ahmad.

Image via blogspot.com

Mungkin ada yang tertanya-tanya, "Macam mana pakaian sebegini boleh dikecilkan? Sounds impossible!"

Well my friend, it is not. Boleh tengok video kat bawah ni for your reference. Serius power!

10. Paling senang, pack less

Image via TSG #KasiJadi

Pack less and enjoy the trip!

Nak jadi backpacker kena kental sikitlah bang. Tak boleh semua benda nak selesa. Nak tak nak kena korbankan juga satu dua benda yang tak penting. Atau nak lagi ekstrem, bawak pakaian dan barang seminimal yang mungkin.

Masa travel nanti pandai-pandailah basuh baju ke, beli baju kat sana ke, tak payah shampoo ke, dan lain-lain. Maklumlah, bila kita tengah bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain, kadang-kadang memang agak susah untuk pastikan barang yang kita bawak tidak melebihi kuota 7kg tersebut.

That is all! Kami harap tips yang kami bagi ni sedikit sebanyak dapat membantu korang untuk travel lepas ni.

TSG #KasiJadi di Mersing!

Image via TSG #KasiJadi

Tapi, kalau rasa leceh sangat, kalau rasa macam nak bawak semua benda, bawak je. Yang penting, check-in bagasi dan bayar fees yang telah ditetapkan (kalau naik AirAsia lah).

Apa-apa pun, nak travel kenalah enjoy!

Follow kami di Instagram @tsgkasijadi untuk lebih banyak adventure dan gambar-gambar yang WOW!

TSG #KasiJadi adalah sekumpulan sahabat yang tak henti-henti berkeliaran. Mana kami mahu pergi, kami kasi jadi!

A post shared by TSG #KasiJadi (@tsgkasijadi) on

Nah, kami belanja tips hiking untuk wanita pulak. BACA SINI:

You may be interested in: