seismik

Tak Mahu Tanggung Dosa, Ridhuan Tee Keluar MCA

Ridhuan Tee mengambil masa 4 tahun untuk permohonannya lulus sebagai ahli seumur hidup MCA.

Cover image via www.ismaweb.net

Pasti ramai yang mengenali penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah, tetapi mungkin tidak ramai mengetahui bahawa selama ini beliau adalah merupakan ahli seumur hidup Malaysian Chinese Association (MCA)

Hari ini, beliau mengumumkan keluar MCA sebagai tanda protes pada penentangan berterusan parti itu terhadap hudud.

“Kerana perkembangan akhir-akhir ini (hudud). Saya tidak mahu menanggung dosa berada dalam parti sebegini,” katanya.

malaysiakini.com

Umum mengetahui, MCA adalah antara parti komponen BN yang amat lantang dan konsisten menentang pelaksanaan hudud

Beliau mendakwa parti komponen BN yang mewakili kaum Cina itu sebagai anti Islam selepas ia terang-terangan membantah usul Rang Undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016.

Kad Ahli Seumur Hidup.

Image via Kamles Kumar/Twitter

Ridhuan, seorang Cina Islam yang sebelum ini ahli seumur hidup MCA berkata parti itu bertindak rasis terhadap umat Islam apabila ia membantah RUU yang dibawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat, Khamis lalu, lapor Ismaweb hari ini.

“Saya tidak mahu menanggung dosa berada di dalam parti yang menjadi musuh Islam. Dengan ini saya mengisytiharkan keluar daripada MCA.

freemalaysiatoday.com

Ridhuan memberitahu bahawa beliau mengambil masa empat tahun untuk lulus atas tujuan dakwah dan tidak mahu dikatakan “masuk Melayu” dan kekal sebagai seorang Cina walaupun telah memeluk Islam

Beliau memohon menjadi anggota MCA pada tahun 1995 atau 1996 tetapi hanya diluluskan pada tahun 2000.

Beliau juga kesal dengan MCA kerana parti itu sepatutnya sudah memahami Islam dan cara hidup bangsa Melayu setelah Malaysia merdeka hampir 60 tahun.

Ridhuan mendakwa parti MCA sangat berunsur perkauman dan menurutnya juga sesiapa yang memusuhi Islam, juga adalah musuhnya

“Sangkaan saya meleset apabila parti ini sangat perkauman dan menjadi musuh Islam. Siapa memusuhi Islam, dia musuh saya juga,” katanya.

freemalaysiatoday.com

Beliau juga menggesa MCA dan Gerakan supaya keluar dari Malaysia dan menubuhkan parti masing-masing di negara komunis.

"Jika MCA dan Gerakan mahukan cara hidup yang lebih baik cari bumi sendiri."

Menurut laporan Ismaweb Ridhuan memberi kenyataan bahawa MCA sebenarnya buat-buat tidak faham, malah menghina bangsa peribumi yang mahukan hak di bumi sendiri. Oleh itu beliau mencadangkan MCA dan Gerakan cari bumi sendiri jika mahukan cara hidup yang lebih baik.

Image via BH Online

“Hormat sikit peribumi di sini. Ini tanah mereka, mereka berhak mendapat apa yang sepatutnya menjadi hak mereka, sedangkan MCA, Gerakan, DAP dan yang lainnya tiada hak untuk campur tangan,” katanya.

freemalaysiatoday.com

Namun Malaysiakini melaporkan MCA setakat ini masih belum menerima surat peletakan Ridhuan Tee ketika menghubungi ibu pejabat parti berkenaan

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lebih banyak artikel mengenai beliau di SINI:

You may be interested in: