seismik

REV Media Group Ambil Alih IP Tantannews, Perkukuhkan Lagi Capaian Komuniti Berbahasa Cina

Sebagai rekod, Tantannews mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan.

Cover image via Smartmockups (Edited by SAYS) & REV Media Group

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Penerbit digital terkemuka, REV Media Group Sdn. Bhd. (REV Media), mengumumkan bahawa mereka telah mengambilalih aset harta intelek (IP) portal berita sosial popular Cina, Tantannews baru-baru ini

Tantannews mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan.

Image via Tantannews

Pengambilalihan aset portal berita sosial popular Cina daripada Monster Scape Sdn. Bhd. itu adalah bertujuan untuk mengembangkan dan mengukuhkan lagi capaiannya dalam kalangan komuniti berbahasa Cina dalam talian.

REV Media – anak syarikat Media Prima Berhad, kumpulan media terkemuka dan terbesar di Malaysia – telah mengambil alih domain laman web, Tantannews.com, dan segala aset media sosial yang berkaitan. 

Kewujudan digital Tantannews yang kukuh akan menyumbang kepada perniagaan digital REV Media dan strategi penyelesaian media untuk para pengiklan. Sebagai rekod, Tantannews mempunyai lebih dari 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan.

Peningkatan dalam permintaan untuk kandungan bahasa Cina daripada audiens

Media Prima menjangkau lebih 98% penduduk Malaysia, dan audiens daripada semua peringkat umur dan segmen pasaran melalui pelbagai platform media dan jenamanya.

Usaha memperkukuh capaian penonton Cina Kumpulan melalui pengambilalihan Tantannews oleh REV Media melengkapkan strategi Media Prima untuk kekal sebagai kumpulan media terkemuka Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee, berkata: “Ini merupakan pengambilalihan yang strategik dan mengujakan untuk REV Media Group kerana terdapat peningkatan dalam permintaan untuk kandungan bahasa Cina daripada audiens kami, terutamanya daripada mereka yang cenderung membaca kandungan berita. 

"Pengambilalihan Tantannews mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai penerbit digital terkemuka di seluruh kumpulan pasaran di Malaysia. Kami akan terus mencari lebih banyak pengambilalihan dan perkongsian untuk memacu pertumbuhan bagi REV Media Group," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee

Image via REV Media Group

Teruja Tantannews berada di bawah REV Media

Pengasas Tantannews, Sean Teoh, berkata: “Kami gembira melihat Tantannews terus berkembang di bawah kepimpinan Sam dan pasukan REV Media, dan sebagai sebahagian daripada kumpulan media terbesar di Malaysia. 

"Kami memulakan Tantannews 10 tahun lalu dari laman Facebook untuk membolehkan pengguna membincangkan berita di media sosial. Pada kemuncaknya, laman web ini mempunyai lebih daripada 7 juta pengguna dan 20 juta paparan halaman setiap bulan. 

"Melangkah ke hadapan, saya dan pasukan saya di Monster Scape telah memutuskan untuk menumpukan lebih pada teknologi dengan melaburkan sumber dalam pembangunan sistem pengurusan kandungan kami sendiri yang boleh digunakan untuk membangunkan pelbagai jenis kandungan, serta pasaran kandungan di mana lebih daripada 6,000 wartawan mudah alih sambilan mencipta kandungan secara sambilan. 

"Matlamatnya adalah untuk mewujudkan sekumpulan pencipta kandungan di seluruh rantau dalam format video, visual dan teks yang menyumbang maklumat berita dan komuniti," ujarnya.

Pengasas Tantannews, Sean Teoh

Image via Tantannews

Beliau menambah bahawa pengambilalihan itu akan membolehkan pasukannya memberi tumpuan kepada MOpress dan platform teknologi.

Bahagian pemasaran akan dinamakan semula sebagai Data & Co untuk menumpukan pada pemasaran data, platform pemasaran omni-data dan alatan untuk membantu jenama dan pemasar menjadikan pengguna mereka kepada aset digital pilihan.

Dengan mengumpul data pengguna pertama, jenama boleh memanfaatkan maklumat masa nyata dalam ekosistem untuk mencapai khalayak di seluruh dunia.

Ini bermakna perniagaan, pelanggan dan rakan kongsi boleh membina hubungan berasaskan komuniti yang sebenar.

Model agensi ini menawarkan perkhidmatan komprehensif untuk perniagaan peringkat awal, perniagaan peringkat pertumbuhan dan pengembangan, yang perlu melaksanakan strategi digital mereka.

Data & Co kini berkhidmat kepada lebih dari seratus syarikat dan sedang mengembangkan perkhidmatan mereka untuk menjadi lebih data-driven.

Perniagaan ini menyaksikan pertumbuhan dalam perniagaan Malaysia yang menjual produk dan perkhidmatan mereka di luar negara. Layari www.dataco.my untuk mengetahui lebih lanjut.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: