seismik

Restoran Nasi Kandar Di Butterworth, Pulau Pinang Diarah Tutup Serta-Merta

Ia diarah tutup serta-merta dalam Op Bersepadu yang dijalankan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Cover image via Majlis Bandaraya Seberang Perai (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebuah restoran nasi kandar diarah tutup serta-merta dalam Op Bersepadu yang dijalankan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Ia selepas restoran tersebut didapati beroperasi dalam persekitaran kebersihan yang sangat membimbangkan.

Menerusi kenyataan di Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai, operasi itu telah diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan MBSP, dengan kerjasama Direktorat Penguatkuasaan MBSP dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Seberang Perai Utara.

Restoran didapati mempunyai sebanyak empat kompaun berjumlah RM4,000 serta dua notis

Dalam operasi itu, antara tindakan diambil ialah penutupan premis serta-merta di bawah Akta Makanan 1983, yang dikeluarkan oleh PKD Seberang Perai Utara selepas mendapati tahap kebersihan premis berada di tahap membimbangkan.

Malah, sebanyak empat kompaun berjumlah RM4,000 serta dua notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam dan kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah turut dikeluarkan kepada pemilik restoran berkenaan.

"Operasi ini mencerminkan komitmen penuh pihak berkuasa dalam memastikan tahap kebersihan, keselamatan dan pematuhan undang-undang di premis makanan berada pada tahap yang tertinggi. MBSP menegaskan, tindakan penguatkuasaan akan terus diperhebat bagi mengekang premis yang gagal mematuhi peraturan.

"Pihak MBSP turut mengingatkan semua pengusaha premis makanan agar sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan dan memastikan premis sentiasa bersih, selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat," kata kenyataan itu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: