seismik

Restoran Ayam Goreng Di Indonesia Dedah Gunakan Minyak Babi Selama 50 Tahun Operasi

Difahamkan, restoran tersebut terkenal sebagai destinasi makanan ayam kampung goreng tradisional Jawa.

Cover image via Instagram

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Restoran ayam goreng terkenal di Solo, Indonesia, Ayam Goreng Widuran yang telah beroperasi sejak tahun 1973 didapati menggunakan minyak babi dalam masakannya

Menerusi laporan Sinar Harian, salah seorang kakitangan restoran itu, Ranto, mengakui status tidak halal pada menu mereka hanya diumumkan selepas berlaku insiden pelanggan tularkan isu itu di media sosial beberapa hari lalu.

"Memang ada makluman bahawa menu itu tidak halal, terutama pada bahagian ‘kremes’ (keripik ayam). Tapi sejak viral baru-baru ini, barulah pihak restoran beri penjelasan secara terbuka," katanya.

Menurut Ranto, majoriti pelanggan yang datang ke restoran mereka sejak dahulu lagi terdiri daripada golongan bukan Muslim.

Image via Instagram

Pihak pengurusan bertindak menambah label 'Tidak Halal' pada papan tanda restoran, laman Instagram rasmi serta aplikasi Google Maps

Susulan kritikan yang diterima, pihak pengurusan Ayam Goreng Widuran bertindak meletakkan label 'Tidak Halal' pada papan tanda restoran, laman Instagram serta di aplikasi Google Maps bagi memaklumkan secara jelas kepada bakal pelanggan di samping mengelakkan pelanggan Muslim daripada termakan di restoran berkenaan.

"Kami dengan rendah hati memohon maaf yang sebesar-besarnya atas kekecohan yang berlaku di media sosial akhir-akhir ini. Kami memahami bahawa perkara ini telah menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat.

"Sebagai langkah awal, kami dengan jelas telah menambah penandaan 'NON-HALAL' di semua cawangan dan media sosial rasmi kami.

"Kami berharap agar masyarakat memberi kami peluang untuk memperbaiki dan menyelesaikan segala-galanya dengan baik," tulis restoran itu menerusi kenyataan rasmi yang disiarkan menerusi akaun Instagram mereka.

Image via Instagram

Pemeriksaan terhadap restoran itu akan dilakukan pada Selasa, 27 Mei

Menurut Ketua Kementerian Agama Kota Surakarta, Ahmad Ulin Nur Hafsun berkata setiap pengusaha makanan diwajibkan menyatakan secara jelas sekiranya menu mereka tidak halal atau mengandungi bahan haram seperti babi.

"Maklumat ini perlu dimaklumkan secara terbuka kepada pengguna agar tidak berlaku salah faham. Kita juga akan rujuk perkara ini kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Dinas Perdagangan Kota Solo, Agus Santoso memaklumkan bahawa siasatan terhadap restoran tersebut akan dilakukan pada Selasa, 27 Mei 2025.

"Kami sudah berbincang dengan beberapa jabatan. Pemeriksaan ini akan menumpukan kepada sumber bahan mentah kerana bahan masak siap sedia adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan dan Badan Pengawas Obat dan Makanan (BPOM)," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: