seismik

Burger Lemang dan 5 Resipi 'Best' Dibuat Daripada Lebihan Juadah Raya

Lemang boleh buat burger, nasi impit boleh digoreng. Tak percaya? Cuba dulu, baru tahu.

Cover image via wordpress.com

Kamu masih mempunyai baki lemang dan rendang yang belum habis tapi masih boleh dimakan?

Jangan buang, kerana kami ada enam resipi best yang boleh kamu masak menggunakan juadah raya yang mungkin berlebihan di rumah kamu. Bukan sahaja ia boleh elakkan pembaziran, tetapi dijamin sedap!

1. Karipap inti rendang

Bahan-bahan untuk kulit karipap:
Tepung gandum
Minyak masak

Bahan-bahan untuk isi karipap:
Isi rendang yang telah dikeringkan
Doh karipap
Kentang yang dipotong dadu kecil

Cara-cara membuat kulit karipap:
Masukkan tepung ke dalam bekas untuk menguli. Masukkan dua senduk minyak masak yang sudah dipanaskan ke dalam tepung gandum. Kacau dahulu dengan sudip sementara minyak masih panas. Boleh gunakan tangan untuk menguli jika minyak sudah tidak panas. Uli doh dengan masukkan sedikit demi sedikit air yang sudah dilarutkan dengan garam tadi.Teruskan menguli sehingga tepung sudah tidak melekit ditangan dan biarkan seketika (10-15 minit) sebelum anda mencanainya menjadi kulit karipap. Uli sekali lagi, kemudian bulat-bulatkan doh tadi sebelum dicanai untuk dimasukkan inti. Pilih sama ada nak kelim sendiri atau guna acuan karipap.

Cara-cara membuat isi karipap:
Goreng kentang sehingga lembut. Apabila sudah lembut, campurkan dengan rendang ayam atau daging yang telah dikeringkan tadi. Masukkan dalam kulit karipap.

azlitamasammanis.com

2. Pizza satay

Image via recipegreat.com

Bahan-bahannya:
Sate ayam atau daging
Kuah satay
Roti pita (untuk pizza)
Keju
Capcisum (dipotong dadu)
Tomato (dipotong dadu)


Cara-cara membuatnya:
Sapukan kuah satay pada roti pita. Taburkan sate ayam, capsicum dan tomato ke atas roti pita. Potong kepingan keju menjadi dalam bentuk jalur atau letakkan sekeping dua keju di atas taburan ayam ikut selera masing-masing. Bakar dalam oven selama 10 hingga 12 minit.

allrecipes.com

3. Nasi impit goreng

Bahan-bahannya:
Nasi impit
Udang kering
Cili kering
Bawang besar
Bawang putih
Bawang merah
Udang basah
Isi ayam
Kobis sawi
Kicap manis
Garam

Cara-cara membuatnya:
Kisar cili kering bersama udang kering dan bawang besar. Panaskan kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dah ditumbuk halus. Masukkan bahan kisar dan masak hingga minyak timbul. Masukkan garam dan udang basah yang sudah dibuang kulit dan isi ayam. Kacau hingga masak. Kemudian, masukan sawi dan kobis. Masukkan nasi impit yang sudah di dipotong-potong. Masukkan kicap manis dan gaul bersama tetapi jangan kacau lama sangat nanti nasi impit jadi lembik. Angkat dan sedia untuk dihidangkan.

blogspot.com

4. Burger lemang

Bahan-bahannya:
Lemang yang telah dipotong nipis
Daging burger
Daun salad
Tomato
Mayonaise atau sos pilihan masing-masing
Kepingan keju
Mentega

Cara-cara membuatnya:
Panaskan kuali leper dengan mentega. Letakkan lemang yang telah dipotong nipis tadi di atas kuali leper itu, dan goreng/masak sehingga kedua-dua belah garing. Ketepikan kerana ia akan menggantikan roti. Letakkan daun salad dan tomato di atas lemang tadi. Masakkan daging burger sehingga hampir masak. Apabila hampir masak, letakkan keju di atas daging burger seketika sehingga ia mencair. Angkat dan letak di atas lemang tadi. Tuangkan mayonaisse atau sos. Letakkan lemang lagi satu atas daging tersebut. Siap dan sedia untuk dimakan.

5. Puding Kek Buah

Image via Food Network

Bahan-bahannya:
Sebiji kek buah
3 cawan susu
1/2 cawan gula
3 biji telur

Cara-cara membuatnya:
Panaskan oven pada suhu 180 darjah. Campurkan gula dan telur bersama-sama, kemudian tambahkan susu. Potong kek buah menjadi cebisan kecil. Masukkan dalam pinggan pembakar. Tuangkan campuran susu ke atas cebisan kek buah dan letakkan dalam peti ais sekurang-kurangnya untuk 15 minit. Selepas lebih 15 minit, keluarkan adunan dari peti ais. Taburkan sedikit serbuk kayu manis. Bakar selama 30 minit.

recipelion.com

6. Aiskrim Cookies

Bahan-bahannya:
Aiskrim perisa mint atau vanilla, ikut suka
Biskut (pilihan seperti biskut coklat cips, tetapi biskut lain pun boleh) yang telah dihancur-hancurkan (tidak terlalu hancur)

Cara-cara membuatnya:
Cairkan sedikit aiskirm. Apabila sudah cair, masukkan biskut yang telah dihancur-hancurkan ke dalamnya dan gaul. Kemudian, masukkan semula dalam peti ais. Apabila telah beku, keluarkan, taburkan crumb dari biskut yang dihancurkan tersebut di atasnya. Siap untuk dimakan.

glutenfreebaking.com

Kalau rasa bosan dengan makan juadah raya, boleh cuba resipi ini untuk lebih variasi:

You may be interested in: