seismik

Remaja 14 Tahun Terpaksa Ditidurkan Akibat Diserang Anjing Liar Ketika Pulang Ke Rumah

Adeeb kini terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Cover image via Harian Metro & Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang remaja parah akibat terjatuh selepas dikejar sekumpulan anjing liar di Jalan 6/40 Blok 6 Primula Julian, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor pada Jumaat lalu

Menerusi laporan Kosmo, Mohd. Zarawi Manaf, 47 tahun, bapa kepada Muhammad Adeeb Naqiuddin Mohd Zarawi, 14 tahun yang menjadi mangsa serangan sekumpulan anjing liar meluahkan rasa sedihnya dan berharap agar anaknya kembali pulih.

"Sekarang ini Adeeb ditidurkan, saya harap dia cepat sedar dan sembuh seperti sedia kala, minta semua tolong doakan untuk Adeeb," luahnya.

Rakan Adeeb menunjukkan lokasi kejadian Adeeb diserang anjing liar.

Image via Harian Metro

Ketika kejadian, Adeeb rakannya dalam perjalanan balik ke rumah dari kelas KAFA menengah di Sekolah Rendah Agama As Sadiqqin jam 11.10 pagi.

Namun, semasa melalui kawasan itu, terdapat sekumpulan anjing mengejar Adeeb yang berada di hadapan rakannya sehingga menyebabkan Adeeb melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh ke dalam longkang.

"Saya nampak kayu dan melibas anjing-anjing berkenaan menyebabkan haiwan terbabit bertempiaran lari. Beberapa orang ramai yang berada di lokasi itu kemudian datang membantu kami," kata seorang rakannya.

Image via Harian Metro

Adeeb ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh

Akibat daripada kejadian itu, Muhammad Adeeb atau lebih mesra dipanggil Adeeb mengalami kecederaan parah pada beberapa abdomen badan dan kini terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sungai Buloh.

Mohd Zarawi memberitahu anak keempatnya itu ditidurkan kira-kira pukul 7.15 malam pada Selasa selepas paras oksigen dalam badannya sedikit menurun.

"Doktor nasihatkan Adeeb ditidurkan supaya dia cukup rehat. Sebelum itu Adeeb ada bersembang dengan kami dan dia tanya lama lagi ke Adeeb kat sini (dalam wad), bila Adeeb boleh keluar. Semalam paling banyak dia bersembang dengan kami.

“Dia juga ada bercerita pasal kawan-kawannya dan dia juga seolah-olah tidak sabar untuk balik (rumah) dan berjumpa dengan kawan-kawannya itu.

“Dia tiada pesan apa-apa cuma dua tiga hari ini dia hanya cakap dia dahaga, nak minum air, kemudian dia cakap nak balik, lambat lagi ke boleh balik,” katanya.

Tambah Mohd. Zarawi, dia meluahkan sedikit berasa ralat selepas Adeeb terpaksa ditidurkan kerana sebelum itu keadaan anaknya itu cukup stabil.

“Harap Adeeb cepatlah ‘recovery’ dan sembuh terutamanya kecederaan pada organ-organ (dalaman) dia. Sebab bila dah ditidurkan, kita tak tahu sampai bila, kita harap dia cepatlah sedar (pulih),” katanya.

Image via Harian Metro

Dalam pada itu, isterinya, Noor Azlina Abdul Samad berkata, kecederaan yang dialami Adeeb terutamanya pada organ dalaman pada tahap dua dan empat.

“Tahap paling serius menurut doktor adalah tahap lima. Jadi sekarang kecederaan hati Adeeb pada tahap empat, tapi mula-mula masuk (Jumaat) pada tahap lima.

“Buah pinggang juga sekarang pada tahap empat, limpa dia pada tahap dua. Selain itu ada sedikit calar pada dagu dan dada. Tapi yang paling serius kat dalam (organ dalaman) terutamanya hati,” katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: