seismik

Rekaan 'Venom Batik Malaysia' Terima Pujian Sony Pictures - "Memang Next Level!"

Kreatif dan cantik!

Cover image via @arifrafhan (Instagram)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena tayangan filem Venom The Last Dance pada 24 Oktober ini, seorang artis profesional tempatan, Arif Rafhan telah menghasilkan rekaan 'Venom Batik' dan mendapat perhatian ramai termasuk Sony Pictures

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman Facebook, Sony Pictures menyatakan lukisan tersebut dibuat dengan sempurna.

"Venom mengambil sentuhan tradisional dengan reka bentuk inspirasi Batik yang menakjubkan ini.

"Gabungan sebenar budaya Malaysia dan dunia Venom, direka dengan sempurna," katanya.

Gabungan keanggunan batik Malaysia dengan keganasan Venom telah mencipta satu bentuk seni luar biasa lain daripada yang lain

Menerusi posting tersebut, Sony Pictures turut memuat naik satu video yang memaparkan visual Venom bersama Eddie Brock yang dilakonkan oleh Tom Hardy.

Tahniah buat saudara Arif Rafhan kerana berjaya mengangkat seni batik negara ke peringkat antarabangsa!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: