seismik

Rebut Peluang Menangi Dana Perniagaan Sebanyak RM50K Di ‘Usahawan Masterclass’ Buletin FM!

Jom sertai kami di Usahawan Masterclass Buletin FM!

Cover image via BuletinFM (Facebook)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Khusus buat para usahawan kecil yang di luar sana

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang menghadapi masalah kehilangan kerja baru-baru ini. Ada juga yang telah mencuba membuat perniagaan secara kecil-kecilan dan menyimpan hasrat untuk menjadi usahawan suatu hari nanti. 

Tapi, nampaknya masih banyak ilmu yang perlu dipelajari dan perlukan kelas khas bagi membantu para usahawan tersebut.

Jangan risau, kerana terdapat pelbagai peluang keemasan yang diberikan buat pendengar-pendengar setia Buletin FM. Antara aktiviti serta kempen yang dijalankan oleh Buletin FM adalah Kempen Barber Bergerak Buletin, Usahawan Masterclass dan Buletin Belanja Beriani.

Kempen Usahawan Masterclass Buletin FM boleh bantu anda dari segi kewangan dan idea

Kempen dan aktiviti yang dijalankan oleh Buletin FM ini bukan sahaja dapat membantu dari segi kewangan, malah dapat membantu usahawan kecil untuk maju kehadapan dengan idea bernas mereka yang terpendam. 

Seperti kempen Usahawan Masterclass Buletin FM, pendengar boleh menghantar idea-idea hebat perniagaan mereka dan merebut peluang memenangi dana perniagaan berjumlah RM5,000 dan slot iklan radio yang bernilai RM45,000 serta geran digital PKS bernilai RM10,000.

Disamping itu, pihak Buletin FM juga telah meraikan pendengar bertuah Buletin FM di Pulau Pinang dengan membelanja pendengar terawal nasi beriani di Restoran Kapitan Tandoori House Triangle, Pulau Pinang. Antara penyampai Buletin FM yang turut ikut serta dalam Buletin Belanja Beriani adalah Izwan Azir, Marsila Hassan dan Hanif Miswan.

Kolaborasi bersama Yayasan Kebajikan Negara

Selain itu, Buletin FM juga berkolaborasi bersama Yayasan Kebajikan Negara dalam menjayakan Barber Bergerak Buletin yang telah dianjurkan di Anjung Singgah, Georgetown Pulau Pinang pada 26 Ogos 2022 dan seterusnya di Anjung Kelana, Taman Desa Kuala Lumpur pada 23 September 2022 akan datang.

Tujuan utama bagi Barber Bergerak Buletin dianjurkan adalah untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik seperti gelandangan untuk mendapatkan perkhidmatan potongan rambut secara percuma.

Ketua Rangkaian Kandungan Buletin FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata,

Kami akan sentiasa komited dalam memberi konten menarik dan relevan kepada para pendengar. Buletin FM berazam untuk menjadi stesen radio yang sentiasa peka dan dekat di hati komuniti Malaysia. Dengan itu Buletin FM akan terus memberi perkembangan yang padat dengan mesej dan perbincangan isu semasa. Buletin FM boleh didengari menerusi frekuensi 101.3FM di Lembah Klang; 90.2FM Penang; 107.3FM Alor Setar; 104.3FM Sarawak.

Barber Bergerak Buletin FM

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Buletin FM secara live streaming di aplikasi Audio+, www.buletinfm.audio atau YouTube Buletin TV.

Untuk perkembangan dan pengisian digital berinfomatif, boleh terus ikuti laman sosial Buletin FM di Facebook Buletin FMInstagram @buletinfm dan Twitter @buletinfm dan Whatsapp di 017-276 5656.

Aplikasi Audio+ boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: