seismik

[RASMI] Rosmah Mansor Dijatuhi Hukuman Penjara 10 Tahun & Denda RM970 Juta

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapati Datin Seri Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan.

Cover image via Hasnoor Hussain/REUTERS & Bernama

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan dan denda RM970 juta terhadap Datin Seri Rosmah Mansor

Menurut laporan Harian Metro, Hakim Mohamed Zaini Mazlan bagaimanapun memerintahkan hukuman penjara itu berjalan serentak.

Beliau menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati Rosmah, 70, bersalah atas tiga tuduhan rasuah membabitkan projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Jika Rosmah gagal membayar denda berkenaan, beliau berhadapan hukuman penjara tambahan 30 tahun.

Beliau yang membacakan penghakiman ringkas bagaimanapun membenarkan permohonan Rosmah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman hingga rayuan selesai.

Ini adalah denda tertinggi pernah dikenakan terhadap mana-mana pesalah mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dapati Datin Seri Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan

Mengikut pertuduhan pertama, Rosmah, 71, didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui bekas pegawai khasnya Datuk Rizal Mansor, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn. Bhd, Saidi Abang Samsudin.

Wang berkenaan sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek dikenali sebagai Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan serta Operasi Genset/Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.

Bagi pertuduhan kedua, beliau didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Saidi sebagai upah membantu Jepak Holdings mendapatkan projek itu di No 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta , pada 7 September 2017.

Rosmah didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Bagi pertuduhan ketiga, Rosmah didakwa menerima suapan RM5 juta daripada Saidi menerusi Rizal kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan projek serupa di tempat yang sama di Jalan Langgak Duta.

Semalam Rosmah gagal dalam permohonan permohonan sivil terbaharunya untuk menyingkirkan Sri Ram sebagai Timbalan Pendakwa Raya Kanan dalam kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion dan membatalkan keseluruhan prosiding dihadapinya sejak 2018.

Kronologi kes rasuah tenaga solar Datin Seri Rosmah

15 November 2018 - Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas dua tuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak

15 November 2018 - Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Rizal Mansor didakwa di Mahkamah Sesyen atas tuduhan menerima rasuah RM500,000 bagi dirinya dan RM5 juta bagi pihak Rosmah membabitkan projek itu

15 Mac 2019 - Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi membabitkan dua tuduhan rasuah dihadapi Rosmah

10 April 2019 - Rosmah sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan menerima suapan RM5 juta membabitkan projek sama

28 Jun 2019 - Tuduhan menerima suapan RM5 juta turut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi

5 Februari 2020 - Perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi bermula

8 Januari 2020 - Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan Rizal

11 Disember 2020 - Selepas mendengar keterangan 23 saksi, pihak pendakwaan menutup kes Hakim menetapkan 10 Februari 2021 bagi mendengar hujahan

10 Februari 2021 - Mahkamah mendengar hujahan kes Hakim menetapkan 18 Februari bagi keputusan selepas mendengar hujahan lisan pendakwaan dan pembelaan

18 Februari 2021 - Mahkamah memerintahkan Rosmah membela diri

5 Oktober 2021 - Rosmah mula memberikan keterangan membela diri

23 Februari 2022 - Pembelaan menutup kes

12 Mei 2022 - Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Julai bagi keputusan

1 Julai 2022 - Keputusan kes dijadualkan semula pada 1 September

26 Ogos 2022 - Tular dokumen yang didakwa kertas penghakiman kes itu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain di SAYS Seismik:

You may be interested in: