seismik

[RASMI] Mark Zuckerberg Umum Ganti Nama Baru Facebook, Kini Dikenali Sebagai 'Meta'

Meta juga hadir dengan logo baru, menggantikan logo ‘Like’ ibu jarinya.

Cover image via Mark Zuckerberg (Facebook) & Reuters

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengasas dan CEO Facebook, Mark Zuckerberg mengumumkan telah menukar nama korporat Facebook kepada Meta sebagai sebahagian daripada penjenamaan semula dibuat syarikat tersebut

Image via The Verge

Menurut Zuckerberg, pertukaran nama itu adalah disebabkan nama Facebook terlalu dikaitkan dengan satu produk. Dengan pertukaran nama berkenaan maka syarikat gergasi tersebut dapat membuka cabang baru dalam dunia komunikasi.

"Nama Facebook juga tidak mencerminkan syarikat kami secara keseluruhannya dan apa yang kami mahu capai," katanya.

Tambahnya lagi, beliau sudah bercadang untuk menjenamakan semula syarikat itu sejak pembelian Instagram dan WhatsApp pada tahun 2012 dan 2014.

Maka melalui pengumuman ini, Mark Zuckerberg secara rasminya menjadi CEO Meta, dan tertubuhnya syarikat induk kepada platform media sosial besar termasuklah Facebook, Instagram, WhatsApp, Oculus dan sebagainya.

Pengasingan jenama antara syarikat dan laman sosial adalah perlu untuk tidak mengelirukan orang ramai lagi.

Meta juga hadir dengan logo baru, menggantikan logo ‘Like’ ibu jarinya

Image via AFP

Dalam acara Facebook Connect, Mark Zuckerberg turut memperkenalkan 'Metaverse' dimana pengguna dapat berinteraksi antara satu sama lain melalui avatar secara maya.

Selain itu, Zuckerberg juga menceritakan bagaimana dunia Metaverse akan berfungsi melalui gabungan teknologi yang sudah mereka perkenalkan sebelum ini iaitu Facebook Horizon Workroom dan baru-baru ini Project Cambria.

"Metaverse bakal mengubah cara kita berinteraksi," ujar Zuckerberg. Beliau turut berkata, dunia Metaverse ini juga akan menggantikan telefon pintar sebagai medium komunikasi kelak.

Ini juga secara tidak langsung memberi petanda awal cara kita berkomunikasi di masa hadapan seperti apa yang kita dapat saksikan dalam filem Ready Player One.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: