seismik

"Rasakan" - Anak Beria Cium Ayah Sebab Geram, Aksi Comel Bayi Ini Buat Ramai Terhibur

Mesti dia nak balas dendam sebab selalu dia je yang kena gomol. Haha.

Cover image via @_shah.putra (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah sebagai ibu bapa yang mempunyai anak kecil gemar mencium si comel berkali-kali kerana bau mereka yang wangi dan sedap

Kadangkala, anak pun rimas sehingga menangis kerana dicium selalu. Tetapi biasalah, lagi mereka nangis lagi kita cium betul tak?

Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang bayi bersungguh-sungguh mencium ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

Geram sangat dekat ayah sampai tonyoh pipi dengan mulut

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_shah.putra, kelihatan lelak itu sedang mendukung anaknya sambil santai di sofa.

Apa yang mencuit hati adalah apabila bayi itu tiba-tiba menggomol pipi ayahnya seolah-olah sedang geram.

Si ayah yang merasa geli terus tergelak dan cuba mengelak daripada dicium anaknya itu. Namun, bayi itu terus menonyoh mukanya ke pipi si ayah berulang kali.

"Anak saya pun macam ni haha sikit lagi nak tumbuh gigi lah tu" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 345.1K tontonan, 32.8K tanda suka dan 3.3K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat si kecil itu yang sangat comel.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Padan muka ayahnya, ingat baby tak boleh balas dendam ke? :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: